Wednesday, October 29, 2014
The ABC’s of Punk #13 : M is for MINOR THREAT
Kalau kau tak kenal siapa MINOR THREAT, memang kau tak punk. Haha.
Tahun aktif:
1980–1983
Asal:
Washington DC, US
Stail muzik:
Hardcore
Influences:
Bad Brains, Black Flag, Circle Jerks, Sex Pistols, The Damned
Original line-up (1980):
Vocals - Ian MacKaye (18 tahun), Guitars - Lyle Preslar (17 tahun), Bass - Brian Baker (15 tahun), Drums - Jeff Nelson (18 tahun)
Album/release paling best & wajib beli/download:
MINOR THREAT — Out of Step 12” EP (Dischord Records, 1983)
Lagu paling gempak:
“Filler"
Trivia:
Nama asal band ni ialah Fifth Column. Pada penghujung tahun 1981 Minor Threat berpecah lepas gitarisnya Lyle pergi masuk universiti sambung belajar. Masa tu bassist Brian join band Government Issue, vokalis Ian & drummer Jeff pulak tubuhkan band hardcore baru bernama Grand Union (a.k.a Skewbald). Mereka tak pernah main gig tapi sempat rakam satu demo tape (released on vinyl on Dischord in 1991). Lepas 6 bulan bosan belajar kat universiti, Lyle drop out dan balik DC untuk hidupkan balik Minor Threat pada bulan April 1982. Minor Threat akhirnya berpecah semalamnya pada tahun 1983 lepas Lyle & Brian nak Minor Threat tukar stail & start main muzik macam U2.
FAHMI REZA
No comments:
Post a Comment