Monday, October 27, 2014

The ABC’s of Punk #11 : K is for KURO


KURO ialah band hardcore dari Jepun yang memegang record sebagai band punk Jepun yang piring hitamnya paling banyak kena bootleg (cetak rompak). Piring hitam “Who The Helpless” berukuran 8 inci ni juga dianggap sebagai piring hitam punk Jepun yang paling rare dalam dunia. Muzik bising band ni meninggalkan legasi yang besar pada Japanese hardcore bands yang lahir selepas mereka, dan juga kepada pioneer UK crust bands macam Extreme Noise Terror yang sampai hari ni suka main lagu Kuro masa konsert mereka.

Tahun aktif:
1981–1986

Asal:
Kyushu, Japan

Stail muzik:
Japanese Hardcore

Influences:
Discharge, Disorder

Original line-up (1981):
Vocals - Morikawa, Guitars - Hide, Bass - Manzi, Drums - Sugi

Album/release paling best & wajib beli/download:
KURO - Who The Helpless 8” EP (Blue Jug Records, 1984)

Lagu paling gempak:
“Selfish Cow"

Trivia:
Kuro bermaksud hitam dalam bahasa Jepun. Tapi simbol “白” yang selalu mereka gunakan dengan nama mereka bermaksud putih. 


FAHMI REZA

No comments:

Post a Comment