But who are we to judge everyone's else taste in music? |
Sebagai peminat piring hitam, berlaku pertembungan dalam mencari "sound" yang terbaik. Kebanyakan peminat mengatakan bahawa sound yang terbaik biasanya didapati dari rilisan terawal sesuatu album. Contohnya, album pertama LED ZEPPELIN yang dirilis pada tahun 1969. Maka piring hitam yang dirilis pada tahun tersebutlah yang paling sedap bunyinya.
Tapi detailnya lebih dari itu. Pada tahun 1969, piring hitam tersebut dicetak di banyak tempat; UK, US, Germany, Holland etc bahkan mungkin dicetak juga di Malaysia. Setiap cetakan ini juga mempunyai kualiti sound yang berbeza bergantung kepada kualiti kilang yang mencetaknya.
Maka, yang betul-betul gila, akan mengumpul pelbagai piring hitam Led Zeppelin yang sama dari pelbagai source cetakan, dalam mencari kualiti sound yang terbaik. Alasan, sound terbaik akan menghasilkan nikmat yang berbeza.
Malangnya, alatan yang memainkan piring hitam itu ala kadar saja. Sekadar keluar bunyi saja. Maka, yang diilusikan sebagai sound yang terbaik itu sebenarnya bukanlah sound yang terbaik. Cuma piring hitam yang tersimpan sound yang terbaik tetapi belum tentu dapat mengeluarkan keseluruhan potensinya disebabkan setup hifi ala kadar.
Malang yang kedua, golongan ini mengkritik mereka yang :mencari" (quest) sound yang terbaik dengan mengeluarkan modal yang banyak untuk hifi system yang terbaik sebagai missing the point. Walhal, tidak sebegitu. Untuk sound yang terbaik, bukan saja kualiti piring hitam itu penting, bahkan alatan (sound system) yang memainkan piring hitam itu juga perlu ada kualiti.
Untuk sembang alatan (hifi setup) yang terbaik (punyalah subjektif topik), ini satu kegilaan yang lain pula. So bagi orang lainlah sembang.
Kesimpulan, untuk enjoy the music, tidak perlukan piring hitam ataupun sistem hifi, cukup sekadar dengan mp3 dari speaker laptop saja. Tetapi untuk enjoy the music dengan sound BERKUALITI, source piring hitam adalah sama penting dengan kualiti sistem hifi yang digunakan. Sekian.
i'll stick with compact disc...
ReplyDeletemengumpul cd/lp tidak sama dengan mengumpul setup hifi yang terbaik...giler jatuh miskin kalau nak kedua2nya....lainlah kalau korang orang kaya...
ReplyDeletepengemar muzik hanya cukup dengan set radio yang murah....
satu hari nanti, saya berhasrat untuk mendengar muzik dengan sound yang berkualiti. sekian.
ReplyDeletesetuju. my budget is low, kena cari yang terbaik dalam budget rendah.
ReplyDeleteAku sendiri guna headphones bukan paling murah, tapi tak terlalu mahal..
ReplyDeleteAku hanya menggunakan amp cikai beli kat pasar pudu,tapi menggunakan speaker Sony HiFi lama..setakat ni bunyi yg di keluarkan memang puas hati
ReplyDeletepakai hifi sony pun dah ok...
ReplyDeleteIt is nice to hear you talk about piring hitam. It was just that we used to enjoy in early 1950's. It brings back memories of thsat distant past.
ReplyDeletehanya tinggai piring hitam aku tak pena dengar lagi... setiap pemain muzik memang berbeza2 nikmatnya...
ReplyDelete