Tuesday, August 19, 2014
Internship visit UTP August 2014
Gambar di atas adalah di Peninsular Malaysia Operation (PMO) di Kerteh, Terengganu. Saya diapit oleh student praktikal (internship) dari UTP dan juga jurutera-jurutera muda di PMO yang juga adalah bekas pelajar UTP.
Dalam masa 10 tahun, mereka ini, ex-pelajar UTP akan memegang tampuk pemerintahan PETRONAS. Mereka sebenarnya memang dijuruterakan untuk ini.
Apabila ini terjadi, maka hubungan UTP dan PETRONAS akan menjadi makin rapat. Ini adalah petanda baik.
Buat masa ini, jurutera-jurutera muda ini melakukan kerja-kerja kemaskini dan pembaikan dalam bidang teknikal sesuai dengan perkembangan semasa. Ini semua akan melicinkan kerja operasi platform luar pantai. Mereka adalah jurutera generasi baru.
UTP banyak membantu PETRONAS dalam menyelesaikan masalah-masalah operasi. Dalam beberapa perkara, ia melibatkan kerja-kerja yang besar yang sebelum ini mungkin diserahkan kepada orang luar. Langkah PETRONAS menguatkan kekuatan dalaman dengan melakukan integrasi bersama UTP adalah satu langkah yang bijak. Kos dan masa dapat digunakan secara efisien.
Semasa lawatan ini, banyak masa dihabiskan dengan perbincangan tentang kerja-kerja operasi dan masalah yang dihadapi di PMO. Saya cadangkan kepada pelajar-pelajar praktikal ini supaya membawa kerja mereka sekarang ke UTP untuk dijadikan kerja projek akhir tahun. Kerja tersebut akan diseliakan oleh UTP dan juga supervisor mereka sekarang di PMO. Yang akhirnya kerja projek tersebut menjadi sesuatu yang bermanfaat kepada PETRONAS.
Saya dapati masalah operasi tersebut bukanlah rocket science sangat. Cuma ia memerlukan konsentrasi dan masa sedikit yang mana operasi di PMO tidak ada. Ia ada di UTP. Rugi jika hubungan ini diambil secara lewa.
Kerjasama industry-university seperti inilah yang perlu dinegara kita. Sedihnya kita berlumba membina university dan mengadakan jurusan yang tidak langsung menepati kehendak industry - graduate yang menjadi mangsa perlumbaan univeristy yang tidak berquality.
ReplyDelete