Tuesday, July 22, 2014

Minta bantuan...

Gambar hiasan: Pemandangan biasa solat Subuh di kebanyakan masjid seluruh Malaysia
Perjuangan Islam kita mati setakat debat-debat, slogan-slogan, tema-tema, cut & paste dan quote-quote di fb sahaja. Matlamatnya ialah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai. Ini sangat baik. Tetapi saya tidak pasti jika matlamat lagi satu ialah untuk menarik bantuan Allah swt.

Bahkan bantuan dan rahmat Allah swt akan datang dengan memenuhkan masjid dengan solat jemaah (bagi lelaki) tanpa terkesan dengan musim dan keadaan, susah atau senang, tidak bergantung kepada sesuatu peristiwa, berita, tragedi, keadaan dan sebagainya. Sebelum usaha lain dibuat, saya kena tanya diri saya dahulu, tidakkah USAHA ini yang paling afdal ditekan untuk menarik bantuan dan rahmat Allah swt?

Saya juga kena tanya diri saya sendiri soalan-soalan ini...

1. Kali terakhir bilakah saya menunaikan solat jemaah di surau/masjid kariah saya?
2. Berapa % penuhkah surau/masjid di kariah saya dengan orang lelaki yang solat berjemaah pada hari ini? Adakah ia berkadar terus dengan jumlah penduduk Muslim di kariah saya?

Apabila didalami, maka sayalah sebenarnya yang bersalah.

4 comments:

  1. aku pun rasa macam bersalah juga,, bulan posa saja ada kerajinan dan bulan awal syawal, lepas tu solat kat rumah saja, in sya allah, aku memang pena fikir juga benda ni, ustaz2 pun selalu pesan, harapnya tak bemusim lah aku ke surau..

    ReplyDelete
  2. Susah nak cakap la MM benda2 gini..

    macam kat Singapore tak sedikit masjid2 especially bulan Ramadhan run 24hrs.
    Semua disiapkan imam, sahur, keselesaan,
    ko cuma datang bawak badan je beribadah.

    aku tak pergi la ni semua hahaha, tapi... aku happy la syiar Islam tu orang lain junjung dan really applies in practical.

    ReplyDelete
  3. berjemaah bagus, masalahnya yg solat tu sengaja ditinggalkan. macam mana nak mintak bantuan...

    ReplyDelete
  4. Ni kira kejayaan kempen-kempen boikot,doc.cuma kempen boikot kita ni 'terlajak laris'. Sampai masjid-masjid pun kita ikut boikot sekali. 'Kita' tu, dengan saya sekali la tu..

    ReplyDelete