Monday, June 02, 2014
Ulasan: CARNIVORED No Truth Found CD
Tidak sepopular band Death Metal yang lebih senior seperti Jasad, Burgerkill, Siksa Kubur, Death Vomit dan sebagainya bukan bermaksud Carnivored terpinggir. Situasinya adalah Indonesia mempunyai populasi yang ramai dan logiknya juga mempunyai band Death Metal yang banyak; selain mengambil kira Carnivored baru saja ditubuhkan (2006). Ini adalah album kedua selepas Revival (2012).
Itu adalah masalah, tidak dapat dikesan melalui radar saja. Namun jika diambil kira faktor yang lebih penting seperti muzik, produksi dan permainan instrumen, kualitinya adalah seperti yang kita kenali selama ini tentang Indonesian Death Metal --> hebat.
Death Metal sebagai muzik yang agak "seasoned" tidak sangat mengharap kelainan. Jadi, ianya bukan menjadi perbalahan utama. Dengan anggapan muzik yang disajikan adalah dalam lingkungan boleh diterima oleh majoriti peminat muzik ini, maka yang dibalahkan adalah produksi. Produksi yang mana lebih kemas, mantap dan detail akan menang. Dari segi ini, Carnivored mendapat gred A. Produksinya kemas. Output jelas dan setiap instrumen kedengaran secara sekata mengikut kepentingannya. Bahkan, ia tidak membingitkan telinga. Anda pastinya pernah terkena, jika anda menguatkan volume stereo anda, tiba pada satu tahap ia membingitkan telingan akibat balancing yang tak sekata. Ini tidak kedengaran pada CD ini. Tahniah kepada SS Music Studio di Tangerang Selatan.
Muzik Carnivored pula lebih kepada technical Death Metal dengan permainan gitar yang mengingatkan kita pada Necrophagist yang diperlahankan 30%. Pada masa yang sama ia menceduk sana dan sini dari band Death Metal yang lebih awal. Di beberapa tempat cuba diselitkan bunyian efek gitar yang jarang digunakan pada muzik sebegini.
Dari segi memegang perhatian kita untuk meneruskan pendengaran hingga ke akhir CD, ini adalah sesuatu yang paling mencabar. Seperti yang saya katakan tadi, muzik Death Metal adalah satu muzik yang sudah seasoned, tiada apa kelainan sangat yang diharapkan. Untuk itu, Carnivored memerlukan variasi dan kejutan pada lagu-lagunya untuk mencapainya. Saya memberikan kredit kepada riff gitar yang dipelbagaikan, bunyi efek gitar tadi dan juga solo gitar shred (memang shred, bukan hero trem!) untuk saya meneruskan pendengaran hingga ke akhir CD (11 lagu). Bahkan, ia menjanjikan pusingan ulangan untuk beberapa lama. Highly recommended!
*Terima kasih kepada Fadhil Muzikbox atas CD untuk ulasan ini.
CARNIVORED @ Facebook
\m/
ReplyDeleteoo aku tengok foto tu aku was like 'waw!" kat packaging luar tu.
ReplyDeletebest gak ye, dari review ni baru kenal carnivored, satu geng ngan deadsquad punye groove technical death metal la ye.. tq doc
ReplyDelete