Monday, June 09, 2014

Bahana rokok

Suatu hari isteri bercerita tentang calon suami kepada adik perempuan beliau. Beliau pun bercerita tentang calon A; kerja sekian sekian, perangai sekian sekian, warna kulit sekian sekian, agamanya sekian sekian.

Selesai bercerita tentang calon A, beliau bercerita pasal calon B pula; kerja sekian sekian, perangai sekian sekian, warna kulit sekian sekian, agamanya sekian sekian.

Beliau bertanya kepada saya, agak mana paling sesuai.

"Alhamdulillah kedua-duanya nampak baik dan bagus... tetapi..."

Saya memandang jauh. Nampak keikhlasan di muka. Dahi dikerutkan sedikit. Sambil menghela nafas, kata-kata wisdom ini pun terbit dari mulut saya,

"Pilihlah di antara mereka, yang tidak merokok kerana merokok itu tabiat buruk dan dibenci generasi akan datang."

Alhamdulillah, mereka telah pun selamat menikah 6 bulan lepas, si dia yang tidak merokok bersama adik perempuan isteri saya.

Mereka yang merokok tetapi rasa macam lambat je jumpa calon, mungkin ada kena mengena dengan kisah benar ini :l

7 comments:

  1. tahun ni genap 10 tahun aku berhenti merokok... alhamdulillah~

    ReplyDelete
  2. wohohoho..aku masih merokok lagi walau kekadang tu, rasa macam nak berenti je..

    ReplyDelete
  3. Aku dah 2 tahun berhenti merokok. Walaupun proses detoksifikasi masih lagi berjalan (Allah tunjuk dgn diberinya aku penyakit mcm darah tinggi, high cholesterol, gout, gastrik teruk, fat liver etc.) tapi aku terima saja la, berubat sikit2....baru la aku tau akibat yg x bagus dari merokok.

    ReplyDelete
  4. non smoker rules!

    ReplyDelete
  5. I dont smoke. My love ones know my stand on cigarettes, shisha, and the lot.
    Apapun, takde apa satu benda pun aku kerugian ngan tidak merokok.

    ReplyDelete
  6. saya tak pernah merokok...pernah cuba tapi tak dapat cam kat mana sedapnya..jadi saya mengambil keputusan menjadi perokok pasif.

    ReplyDelete