Thursday, February 20, 2014
WHITE STRIPES Elephant
Seperti yang anda tahu, beberapa tahun ini saya anggap diri saya sebagai adventurous dalam mencoba muzik "baru". Ia menampakkan hasil, terima kasih atas pengajaran "Camel" beberapa tahun lepas.
WHITE STRIPES adalah penemuan terbaik setakat ini. Keras, mentah dan analog (walaupun medium digital). Duo Jack dan Meg White (dulu suami isteri) memang mantap. Muziknya bersahaja dan boleh dikatakan mereka memainkan muzik rock ikut hati mereka tanpa terikat dengan mana-mana idea. Hatta, cara rakaman album ini pun ikut suka hati (analog) yang menyaksikan bunyian instrumen yang senang kata, mentah darah!
Elemen muzik dalam album ini, ikut kata kritik adalah" "sounds even more pissed-off, paranoid, and stunning than its predecessor...Darker and more difficult than White Blood Cells." (Heather Phares of Allmusic). Saya bersetuju kerana saya juga memiliki album sebelumnya. Kejayaan album ini juga memberansangkan dari segi komersil, "nomination for Album of the Year and a win for Best Alternative Music Album at the 46th Grammy Awards in 2004, peaking at 6 in the US Billboard charts and topping the UK album charts."
Malang sekali band ini band ini sedang berada dalam hiatus. Perlahan-lahan saya sedang mengumpul discography mereka.
Yang tau lagu seven nation army tu je..bunyi bass dia lemak berkrim
ReplyDeleteaku ada cd nih.. album ni best gile beb.. muzik rock ikut suka hati mereka jer yg penting FEEL, tu yg terbaik tu..
ReplyDelete