Friday, February 28, 2014

VINYL: ANTHRAX - Among The Living (1987)



ANTHRAX - Among The Living
Label: Island Records – 90584-1, Megaforce Worldwide – 7 90584-1
Format: Vinyl, LP, Album
Country: US
Released: 1987
Rating: 6/5

2006 time baru start main LP gua byk le beli genre klasik rock n pop..RUSH,ACDC, VH, PURPLE, MEN AT WORK, Simon Garfunkel etc...genre thrash xde langsung...satu pasal x jumpa pun kat Mkop dan satu lagi gua agak skeptikal dgn genre thrash on LP...misti x best bunyi serabut berkecamuk etc...satu Sunday sudah nampak 1 box albam thrash lama kat bro Sugu yg niaga depan Giant..ada TESTAMENT, MOTORHEAD, ONSLAUGHT, MEGADETH dan byk lagi..suma dlm RM70-80...yg paling murah ANTHRAX Among the Living RM50..pasal gua skeptikal x konfident dgn sound thrash on LP, gua ngkat le yg paling murah...

Balik pasang kat rumah melopong gua dgn sound yg begitu mantap...memang Moshing btol...salah sangkaan gua selama ni ropanye...pasal waktu masih awal gua pun pergi balik ke Mkop nak angkat yg lain2...hampehh...1 pun tarak...ramai thrasher ropanya kat Mkop...memang NFL le !!!
p/s DISCLAIMER: pendapat ini berdasarkan telinga gua saja...

(ulasan oleh: Beattle Black).

------

Album klasik dan sudah diulas panjang lebar DI SINI. Versi saya adalah cetakan Germany @ 1987 Ariola Eurodisc GmbH.

Thursday, February 27, 2014

VINYL: VOIVOD-Dimension Hatross (1988)




THRASH METAL SERIES
VOIVOD-Dimension Hatross
Label: Noise International – N 0106-1
Format: Vinyl, LP, Album
Country: Germany
Released: 1988
Rating: 5/5

The technocrats... gua punya fav Voivod albam. (ulasan oleh: Beattle Black).

------------
Saya memiliki LP ini tetapi malang innersleeve (gambar ketiga) tiada. Aduh! Nampak gaya kena cari yang ada pulak dah. Selepas Nothing Face, album ini jadi no 2 pada saya.

Wednesday, February 26, 2014

Wordless Wednesday: DOOM!


They crushed the venue. Please bring in DISFEAR next!

Tuesday, February 25, 2014

VINYL: SCORPIONS - Lonesome Crow (1972)


HEAVY METAL SERIES
SCORPIONS - Lonesome Crow
Label: Metal Masters – METALPS 114
Format: Vinyl, LP, Album
Country: UK
Released: 1986
Rating: 6/5

Scorpions bagi generasi baru mungkin sebuah band rock yg mellow dan mengutarakan lagu2 berbentuk keamanan...tapi di zaman awal nya Scorpions adalah sebuah kumpulan heavy metal yg ganas...Mingguan Malaysia pada tahun 85 pernah mewartakan mereka sebagai band puja setan (sekali dgn Ratt & Bon Jovi..hehe..masa ni term black metal blom popla)..konsert mereka di KL juga dibatalkan pada tahun itu walaupun tiket dan merchandise telah dijual....nasib baik gua x beli tiket lagi...


Albam ini adalah albam pertama mereka dimana Michael Schenker menjadi gitaris utama, digandingkan dgn abgnya Rudolph...lagu2 dlm ni begitu experimental..mungkin mereka masih tercari2 akan style yg sesuai..byk lagu lebe kepada jam session..apapun bagi gua lagu2 dlm ni memang layan!!!

(ulasan oleh: Beattle Black).

---------
 Saya memiliki LP yang sama pressing. Album pertama ini malah lebih tak dikenali disebabkan tiada iras zaman Uli Jon Roth (1973–1978) dan Matthias Jabs (1978-now). Ia adalah album yang unik. Namun jika dikekal sebegini, saya tidak rasa SCORPIONS akan menjadi mega band seperti sekarang. Unik tetapi syukur tidak dikekalkan.

Of the album, vocalist Meine said:

“ With Lonesome Crow, we were just a young band trying to find our way, trying to shape an artistic style to find the Scorpions DNA. There was a ballad with "In Search of the Peace of Mind", and a psychedelic rocker with the title track, "I'm Goin' Mad", [which] was a great rocker with Michael Schenker playing great solos. We were just a young band with talented guys, with no idea on where to go from here.

For the subsequent album, Fly to the Rainbow, we brought in Uli Roth, who had a Hendrix influence, and Rudolf and I became a songwriter team. When Matthias Jabs joined the band, we found our style, fast riffs but great melodies, along with the power ballads.”  Klaus Meine

Monday, February 24, 2014

Ulasan: VOIVOD Target Earth

Versi 2-LP (dari Hard Graft Records,PJ)

Versi CD, dibeli semasa trip USA tahun lepas
VOIVOD, selain dari RUSH adalah genius dari Canada yang saya ekori secara semi-fanatik. Jatuh cinta sejak album Nothing Face (1989) walaupun kaset pirate Dimension Hatross (1988) dijadikan tape dubbing sebab tak faham.

Untuk memahami VOIVOD, anda perlu berada di dimensi Stephen Hawking kerana muzik neo-Metal yang mereka bawa bukan boleh masuk dengan sekali dua dengar. Dengan kata lain, album-album mereka bukanlah ear candy. Ia memerlukan level pendengaran dimensi quantum.

Kematian gitaris-genius, Denis D'Amour (Piggy) – guitar (1982–2005), menjadikan peminat VOIVOD jadi sayu. Album Infini (2009) adalah album posthumous, menggunakan sisa-sisa rakaman dalam PC mendiang. Soalannya, bolehkah gitaris barunya, Daniel Mongrain (Chewy) – guitar (2008–present) menggantikan size kaki mendiang yang besar itu. Bayang-bayang ada nampak macam boleh melalui shows yang dimain oleh Chewy. Namun begitu, pemainan lagu-lagu Piggy tidak sesusah menggubah lagu baru untuk VOIVOD.

Persoalan terjawab dengan album ini. Nyata, yang dijanjikan, sebuah album yang menjadikan album Killing Technology (1987) hingga Nithing Face (1989) direalisasikan dengan baik sekali. Chord gitar dan progression Piggy dibayangkan dengan baik sekali dengan tidak mengabaikan idea original Chewy. Yang bagaimana? Yang kuantum itulah!

Sudah tentu produksinya lebih mantap ikut kesesuaian masa ini. Kalau ada komplen zaman 1987-1989 soundnya agak tipis dan nipis, ia telah diimbangi dengan produksi lebih berat millenium baru. Yang menarik, sentuhan pick bass meletup Blacky masih menjadi inti terpenting. Tidak dilupa, vokal kuantum Snake yang menjadi asas penting kepada VOIVOD. Saya adalah antara mereka yang tidak boleh menerima VOIVOD dalam bentuk Eric Forrest (E-Force) – vocals, bass (1994–2001).

Anda memerlukan mesin kuantum untuk mencerna muzik dan lirik VOIVOD.

Untuk mereka yang telah mencuba tetapi tidak dapat-dapat, maka album ini bukanlah menjadi pintu buka kepada anda untuk menjadi peminat VOIVOD. Tetapi bagi peminat lama VOIVOD, ini menjadi batu bersurat bahawa VOIVOD akan kekal seperti VOIVOD yang kita kenali selama ini.

Friday, February 21, 2014

Ulasan: DREAM THEATER s/t


Pengikut tegar blog ini mengetahui betapa sayangnya dan fannya saya kepada DREAM THEATER. Saya memiliki kesemua albumnya dalam bentuk CD dan beberapa dalam bentuk vinyl. Video DVD dan beberapa bootlegs. Saya mengambil berat akan keluarnya Mike Portnoy beberapa tahun lepas. Dan saya berdebar dan bergembira dengan kemasukan drum genius, Mike Mangini.

Sekarang saya menjadi risau. Setelah dua album bersama Mangini, saya merasakan DREAM THEATER telah hilang sesuatu. Drum groove dan progression Portnoy tidak terganti dengan Mangini sebenarnya. Mereka berdua memang drummer hebat, bukan untuk mengadili siapa yang hebat tetapi ada benda yang tak kena. Saya syak samada produksi menenggelamkan drumming Mangini ataupun produksi yang dijaga oleh Petrucci (dulu Portnoy DAN Petrucci) tidak menghasilkan result yang sepatutnya.

Cadangan, next album produksi diambil oleh orang lain atau nak tak nak, panggil balik Portnoy. Dia pun bukan buat pebende pun, projek semua separuh jalan dan tak menggunakan talent dia yang sepatutnya.

Thursday, February 20, 2014

WHITE STRIPES Elephant


Seperti yang anda tahu, beberapa tahun ini saya anggap diri saya sebagai adventurous dalam mencoba muzik "baru". Ia menampakkan hasil, terima kasih atas pengajaran "Camel" beberapa tahun lepas.

WHITE STRIPES adalah penemuan terbaik setakat ini. Keras, mentah dan analog (walaupun medium digital). Duo Jack dan Meg White (dulu suami isteri) memang mantap. Muziknya bersahaja dan boleh dikatakan mereka memainkan muzik rock ikut hati mereka tanpa terikat dengan mana-mana idea. Hatta, cara rakaman album ini pun ikut suka hati (analog) yang menyaksikan bunyian instrumen yang senang kata, mentah darah!

Elemen muzik dalam album ini, ikut kata kritik adalah" "sounds even more pissed-off, paranoid, and stunning than its predecessor...Darker and more difficult than White Blood Cells." (Heather Phares of Allmusic). Saya bersetuju kerana saya juga memiliki album sebelumnya. Kejayaan album ini juga memberansangkan dari segi komersil, "nomination for Album of the Year and a win for Best Alternative Music Album at the 46th Grammy Awards in 2004, peaking at 6 in the US Billboard charts and topping the UK album charts."

Malang sekali band ini band ini sedang berada dalam hiatus. Perlahan-lahan saya sedang mengumpul discography mereka.

Wednesday, February 19, 2014

Wordless Wednesday: Sarah's 2nd birthday party (14 Feb 2014)

Despite her irresistible cuteness, she is a very active girl. And talkative too. She can count up to number 4.

Tuesday, February 18, 2014

Weezer



OK saya give up. Walaupun ramai orang dok bagitau saya, Weezer is a great band dan saya sudah cuba mendengarnya beberapa kali tetapi malang sekali, tak boleh masuk. Rasanya dua album kalau dah dengar tapi tak masuk-masuk juga maknanya all hope is lost la kot?

Ini serupa kes dengan Pearl Jam yang walau berpuluh didengar, saya amat tidak berkenan dengan vokal Eddie Vedder. Maafkan saya atas kelemahan ini.

Monday, February 17, 2014

PINK FLOYD Discovery boxset





Senang cerita, one of the best purchase last year. Walaupun ada orang argue, boxset Oh By The Way lagi bagus tapi saya tak boleh nak kata apa dulu sebab tak tengok/pegang sendiri.
Discovery is a compilation box set by Pink Floyd released on 26 September 2011 to launch the Why Pink Floyd...? re-release campaign. The box set includes all fourteen of their standard studio albums, newly remastered by James Guthrie. In addition to the albums the set comes with a 60-page artwork booklet designed by Storm Thorgerson.
Since 1967 Pink Floyd have produced one of the most outstanding and enduring catalogues in the history of recorded music. All 14 original Studio albums have now been painstakingly digitally remastered by James Guthrie (co-producer of The Wall), and are reissued with newly crafted packaging and booklets created by the band’s long-time artwork collaborator Storm Thorgerson.

‘Discovery’ albums are designed as an introduction to the artist, with all booklets including full album lyrics.  All 14 newly remastered Discovery studio albums are now available as a boxset collection that also includes an exclusive 60-page artwork booklet designed by Storm Thorgerson.

Contains the following 14 remastered studio Discovery albums:

  1. The Piper At The Gates Of Dawn
  2. A Saucerful Of Secrets
  3. More
  4. Ummagumma 
  5. Atom Heart Mother
  6. Meddle 
  7. Obscured By Clouds
  8. The Dark Side Of The Moon 
  9. Wish You Were Here
  10. Animals
  11. The Wall
  12. The Final Cut
  13. A Momentary Lapse Of Reason
  14. The Division Bell
Ada orang tanya saya, album apa untuk mengenal Pink Floyd? Saya katakan tiga album; The Dark Side of The Moon, Wish You Were Here dan The Wall. OK, 4 sebenarnya, tambah album Animals. Kalau penat kerja dan pening kepala dan memerlukan muzik yang merehatkan minda, saya dengarkan Pink Floyd.




Sunday, February 16, 2014

Vinyl Passion group di FB




Memperkenalkan group VINYL PASSION. Sila ke link ini https://www.facebook.com/groups/185712021613408/ untuk join (saya adalah salah satu dari admin).

Objektif group ini adalah:

1. Ini kelab diwujudkan utk ahli2 menayang, eksyen, menunjuk2 akan koleksi LP masing2 disamping berkongsi pengalaman, harapan dan masalah yg mungkin dihadapi selama berkecimpung dlm dunia LP ni...
2. Adalah diharapkan members tidak post benda2 yg tidak berkaitan seperti iklan ubat kuat, ubat gout, ubat detox, kacamata, jam, MLM dan yg seangkatan dngannya. Keahlian mungkin akan ditamatkan jika melanggar undang2 kecil ini..
3. Disarankan juga members utk menjemput geng2 yg ingin diracun atau diconvert ke dalam kelab ini agar minda dan hati mereka terbuka utk menjadi peminat vinyl records..

ROCK ON!!
Antara aktiviti menarik adalah perjumpaan antara ahli di Amcorp Mall PJ pada hari minggu. Selalunya ada official gathering setiap bulan tetapi selalu juga ada gathering yang tak official dibuat. Selain dari menyembang pekena teh/kopi, kadang-kadang juga berlaku sesi trade/sale antara ahli (seperti gambar di atas).

Diharap dengan wujudnya kelab ini akan merapatkan lagi hubungan peminat vinyl seluruh Malaysia (dan negara jiran). Tak kira genre bro/sis. Apa muzik pun boleh.

hasil jualbeli/trade pada sesi gathering Vinyl Passion

Saturday, February 08, 2014

Saya dalam diet

Bermula 2hb Februari 2014 saya telah memulakan diet dan workout. Objektif untuk jadi slim dan bina muscle. Saya telah mengupah seorang personal trainer untuk mendapatkan objektif tersebut.

Personal trainer (murshid) saya ini adalah seorang pengamal bina badan dan juga berpengalaman sebagai trainer. Bayaran bulanan agak berpatutan sebab harga kawan-kawan je.

Berikut adalah gambar-gambar makanan diet yang berkaitan.

10am snack. Green tea, banana and 100% wheat bread.
230pm lunch. Steamed brown rice, carrot, potato and chicken breast. Die fat dieeee!!!

330pm snack. Trainer aku kata, kalau ada orang tegur2 kat pantry nanti buat toye je.
Snack 6pm. Segelas susu low fat dan sebiji pisang.
1 hour before workout carbo. Oat, banana and honey blended together. Harap2 tak pengsan masa workout ekekeke.
Power lunch. Steamed brown rice, mushroom, buffalo meat, yellow onion and kacang kuda.

Snack. Milo kosong dan biskut fiber 2 keping. Emmmm.... yummy... sambil bayang gigit kepak ayam. It's all in the mind brader.

Dan seterusnya gambar workout...

Pumping iron (perut) ekekeke
Kah kah kah cara nak dapatkannya... bidangkan dada kempiskan perut dan tegakkan badan. Kemudian edit sikit kabur2 instagram
Program ini diikuti untuk selama 3 bulan dengan options untuk sambung atau berhenti/buat sendiri. Saya fikir, tengok 3 bulan dulu apa jadi. Kalau badan jadi ala-ala ni pun dah ok dah (mengelamun/berangan)...


Wednesday, February 05, 2014

Syyhhh... be quiet!


Artikel dalam The Star hari ini tentang pengalaman haram jadah dalam panggung wayang amatlah penting untuk dibaca bagi mereka yang menonton filem di panggung wayang. Antara perangai haram jadahnya semasa tayangan adalah:

1. Membelek2 henfon/smartfon.
2. Menjawab henfon/smartfon
3. Berfb/sms
4. Tidak buat silence mode pada henfon/smartfon.
5. Bersembang/berbisik dengan rakan dalam jangkamasa yang lama walau atas topik berkaitan dengan filem yang ditonton.
6. Asyik tertendang kerusi di hadapan yang ada penonton sebab tak boleh duduk diam.

Anda bayar tiket bukan bermaksud panggung wayang tu bapak anda yang punya. Anda membayar untuk menonton dan juga hormat pada yang lain yang menonton bersama. Kalau tak faham dila ulang baca.

Bagi mereka2 ini yang tak boleh diajar, tak payah le tengok wayang dok rumah layan filem download sudah sebab komer memang cilakeeee!!!

P/s: saya pernah nampak ada orang bertablet semasa filem berjalan. Untuk orang macam ni $#@%£¥₩×÷&#*÷ go fffk yourself!

Sunday, February 02, 2014

Jualan LP untuk semua!!!

FOR SALE/TRADE (Ahad ni 9/2 saya berada di Amcorp untuk buat transaction). Any purchase above RM100, free poslaju. Otherwise please add RM10. Kalau tak jual, all these will go to Hard Graft Records.

BONEY M Love For Sale RM50 (Canadian press) RM50
BONEY M Nightflight to Venus (West Germany press) RM60
BONEY M Oceans Of Fantasy (West Germany press) RM50
BONEY M Take The Heat On Me (UK press) RM50
DAWES Nothing is Wrong 2-LP (US press) RM80
DEEP PURPLE Who Do We Think We Are (Malaysian press) RM50
FASTWAY s/t (US press) RM50
FASTWAY Waiting for the Roar (US press) RM50
GRAND FUNK All The Girls in the World Beware!!! (Malaysian press) RM40
GRAND FUNK Closer To Home (Malaysian press) RM40
HINDER Take It To The Limit 2-LP (US press) RM80
IRON BUTTERFLY Scorching Beauty (Malaysian press) RM40
JUDAS PRIEST Rocka Rolla (UK press) RM80
KINGDOM COME s/t (US press) RM50
KISS Dynasty (Hong Kong press) RM50
KUNI Masque (Japan press with OBI) RM50
LEGS DIAMOND s/t (US press) RM50
MAGNUM The Eleventh Hour! (UK press) RM50
MELIAH RAGE Kill To Survive – missprint (Holland press) RM100
MOST PRECIOUS BLOOD Our Lady of Annihilation (clear vinyl – US press) RM60 SOLD
MOTLEY CRUE Too Fast For Love (Germany press) RM80
MSG s/t (US press) RM60
PETE TOWNSHEND Chinese Eyes (New Zealand press) RM50
PETER GABRIEL s/t (Malaysian press) RM40
ROLLING STONES Tattoo You (Malaysian press) RM40
SINEAD O CONNOR I Do Not Want What I Haven’t Got ( Australia press) RM50
SLAYER Black Serenade (bootleg) TRADE ONLY
SLAYER Down Into The Fire (bootleg) TRADE ONLY
STATUS QUO Piledriver (UK press) RM50
STYX Pieces of Eight (Malaysian press) RM40
THIN LIZZY Live 2-LP (UK press) RM80
THIN LIZZY Live and Dangerous 2-LP (West Germany press) RM80