Tuesday, September 24, 2013

Ulasan: DESTRUCTION Release From Agony



Tanpa melupakan dua album terdahulu (Eternal Devastation dan Infernal Overkill), album Release From Agony (1988) menampilkan permainan muzik Thrash yang lebih teknikal dan padat, terima kasih atas kehadiran gitaris kedua, Harry dan drummer baru, Olli. Dengan album ini, Destruction naik beberapa tangga ke atas dari segi skill, kemantapan dan accuracy yang seterusnya dibuktikan dengan live album, Live Without Sense. Tak lama kemudian Sodom dan Kreator juga mengikut jejak langkah Destruction dari segi produksi dan kemantapan permainan dengan album Agent Orange dan Extreme Aggression setahun selepasnya.

Dengan sebab itu, saya memiliki album ini dahulu dalam bentuk vinyl kemudian Live Without Sense. Mungkin pada masa akan datang akan dicari dua album sebelumnya (dalam bentuk vinyl).

Friday, September 20, 2013

S-SOTIC Sparkling Fruit Drink (Pomegranate)

Rasanya agak tawar sebab kurang tekstur buah delimanya. Sparkling kurang menyengat. Aftertaste yang tinggal di lidah selepas air diminum agak menyemakkan. Pada botol ditulis akan kemungkinan hadirnya mendapan serat buahan tetapi apabila diteliti, tiada. Air adalah jernih.


Harga RM3.30 sebotol di Kedai Mesra Stesen Minyak PETRONAS.
SKOR: 6/10

Wednesday, September 18, 2013

Wordless Wednesday: Hindustan

Sekali sekala layan apa salahnya.

Tuesday, September 17, 2013

2nd International Conference on Civil, Offshore & Environmental Engineering (ICCOEE2014) at UTP

I am part of this working committee responsible for the website. For those who are interested, please submit your paper to this conference.


The accepted papers will be published in the periodical “Applied Mechanics and Materials” (which is online available in full text via www.scientific.net) and indexed in SCOPUS.



The Civil Engineering Department, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) is pleased to announce the 2nd International Conference on Civil, Offshore & Environmental Engineering (ICCOEE2014) under the banner of World Engineering, Science & Technology Congress (ESTCON2014) from 3rd-5th June 2014 at the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Malaysia.

The conference aims at providing a platform for academia and industry to showcase their latest advancements and findings in civil engineering areas. The conference also provides great opportunities for participants to exchange new ideas and experiences, to establish research and business relations with global partners for future collaborations. The conference will include several invited papers on important and timely topics from well-known leaders in the civil engineering field, and parallel tracks of oral and poster presentation sessions of the accepted papers.


Please go to http://www.utp.edu.my/iccoee2014/ for more info.

Wednesday, September 11, 2013

Wordless Wednesday: Hard Rock Cafe, New York City

Dulu dah ada tapi jual. Nak kena beli balik la ni. LINK

Tuesday, September 10, 2013

Akan datang... album terbaru DREAM THEATER



Antara album yang ditunggu selepas CARCASS Surgical Steel.

A Dramatic Turn of Events mempunyai masalah dari segi produksi yang kurang organik. Seolah-olah skripnya telah ditulis lama dahulu. Ini menenggelamkan bakat sebenar Mike Mangini yang menggantikan Mike Portnoy untuk posisi drum.

Saya harap album yang akan muncul ini lebih organik, lebih raw dan kebebasan sepenuhnya diberikan kepada Mangini untuk menyuntik idea beliau ke dalam muzik Dream Theater.

Saya tidak dapat memberikan penghakiman sepenuhnya kepada klip Along For The Ride kerana lagu ini adalah lagu ballad. Juga tidak dapat menilai tahap soniknya kerana terbatas dengan bunyian yang keluar dari speaker PC. Itu menghakiminya, sudah tentu perlu pada sistem audio hi fi (sambil tersengih).

Akhir sekali, saya harap promoter yang cerdik dapatlah membawa Dream Theater ke Malaysia. Bawa Lamb of God itu adalah kurang cerdik. Kita di Malaysia bukan di Norway. Jangan lepas ni ada pula yang nak bawak band God Dethroned.
In January, Petrucci said of Mangini's work: "When people hear the drumming on this album, they're gonna be pretty freaked out. On the last album, he did a great job, but he wasn't there for the writing process and he was interpreting drum parts that I had programmed. Even though he used his creativity, of course, to change them up and do his thing, I feel like now he's just Mike Mangini unleashed. It's all him. It's all his creativity, all his decisions and ideas and man, the guy's an animal."

"Dream Theater" track listing:
01. False Awakening Suite I. Sleep Paralysis II. Night Terrors III. Lucid Dream
02. The Enemy Inside
03. The Looking Glass
04. Enigma Machine
05. The Bigger Picture
06. Behind The Veil
07. Surrender To Reason
08. Along For The Ride 09. Illumination Theory I. Paradoxe de la Lumière Noire II. Live, Die, Kill III. The Embracing Circle IV. The Pursuit of Truth V. Surrender, Trust & Passion

"Dream Theater" will be available in a wide range of distinctive versions, including standard and special edition CDs, 180-gram double LP, and a limited-edition boxed set. Pre-orders are scheduled to launch in July at the Roadrunner Records webstore.

DREAM THEATER will be on tour in Europe in January and February 2014, and in North America in March 2014.

"Live At Luna Park", DREAM THEATER's live concert, which was previously scheduled for release in May via Eagle Rock Entertainment, will now drop in North America on November 5 as a Blu-ray, 2DVD, 2DVD + 3CD, Blu-ray + 3CD, deluxe edition with 40-page book, Blu-ray + 2DVD + 3CD, and digital video via iTunes.

"Live At Luna Park" was filmed over two nights in South America — home to one of DREAM THEATER's most ardent fanbases. The DVD was filmed August 19 and August 20, 2012 at Estadio Luna Park in Buenos Aires, Argentina after a 15-month world tour, hitting 35 countries.

Read more at http://www.blabbermouth.net/news/dream-theater-new-song-along-for-the-ride-available-for-streaming/#3w1Ihmzy2uvFTlyE.99

Monday, September 09, 2013

USA trip 18-27 August 2013 Part 2

Lehigh University telah memeterai MoU bersama UTP dalam hal-hal berkaitan akademik pelajar dan kakitangan. Banyak yang telah berlaku. Antaranya, perlantikan saya sebagai Visiting Research Scientist selama 3 bulan pada tahun 2011. Kemudian kehadiran pelajar Lehigh untuk program Research Experience for Undergraduate (REU - first time to be conducted in Malaysia) pada tahun 2012 dan 2013.

Ini adalah kali ketiga saya ke Lehigh University sebagai custodian (penjaga) MoU Lehigh-UTP bagi pihak UTP.

Kali ini matlamat kami adalah untuk bikin kolaborasi penyelidikan antara Lehigh dan UTP berkenaan shale gas.  
Shale gas is natural gas that is found trapped within shale formations.Shale gas has become an increasingly important source of natural gas in the United States since the start of this century, and interest has spread to potential gas shales in the rest of the world. In 2000 shale gas provided only 1% of U.S. natural gas production; by 2010 it was over 20% and the U.S. government's Energy Information Administration predicts that by 2035, 46% of the United States' natural gas supply will come from shale gas.

PETRONAS sudah ada bisnes di Canada, related to shale gas. Sebab itu, sebahagian dari kami di UTP diarahkan untuk lihat potensi ini dalam bahagian research untuk bantu jurutera-jurutera yang terlibat.

Ikut laporan akhbar, shale gas akan menjadi satu big thing di USA. Salah satu komitmen kerajaan Obama juga adalah berkenaan dengan shale gas yang disambut dengan protes-protes yang berkaitan dengannya.


Hasil dari perbincangan menarik ini di Lehigh, kami berjaya menyiapkan rangka untuk kolaborasi ini. UTP sebagai institusi yang berpengalaman dengan kerja-kerja O&G (tetapi kurang pengalaman di bidang onshore yang mana kebanyakan shale gas terkumpul) bersama Lehigh yang berpengalaman dengan penyelidikan fundamental dan proses kimia. Ikut istilahnya, UTP jaga hal-hal upstream dan Lehigh dalam hal-hal downstream.

Esoknya kami akan pergi ke National Science Foundation (NSF) di Washington D.C. institusi terbesar USA yang memberi sumbangan wang penyelidikan untuk menyatakan hasrat kerjasama kami. Harap-harap mendapat sokongan mereka.

 

Comfort Suites, Bethlehem. Walking distance to Lehigh University.

Lepas mseyuarat apa lagi, makan! Restoran Arab.

Malamnya, merounda. Menemankan rakan-rakan yang bershopping sakan.

Barang murah di sini,
 
Play It Again Records. Satu-satunya record store yang walking distance dari Lehigh Uni.


CD, LP semua ada. Yang takde duit je.

Friday, September 06, 2013

Khutbah yang boring


Pengalaman jadi khatib/imam solat Jumaat 2-3 kali di Adelaide. Selalunya full house dalam 100 orang jemaah pelbagai bangsa dari pelbagai negara. Perkara paling penting ialah rukun khutbah terjaga, bacaan ayat al-Quran/hadith lancar dan doa juga lancar. Jangan sampai satu jemaah batal Jumaat disebabkan saya.

Perkara paling akhir ialah nak jadikan khutbah saya berapi-api hingga seluruh jemaah bersedia untuk mengadakan revolusi.

So give them a break to all the khatibs/imams Jumaat seluruh dunia. Kalau boring, tidur je le. Jumaat selesai pun dah kira alhamdulillah. Kalau dapat duduk dengar khutbah peniup semangat sekali dua tu syukurlah. Selalunya, syukurlah selesai Jumaat kita walaupun start duduk je terus tertidur (hatta sebelum khutbah tak mula lagi pun).


BTW, paling-paling kuat pun semangat lepas dengar khutbah berapi pun takat 5 minit je lepas tu layan fb, kan?

Thursday, September 05, 2013

Anda letaknya di kelas mana? Lower, middle-class atau high income?



Terima kasih Bruce Tokey Kambing dan Lampuditengah Cakerawala di atas perbincangan mengenai "pendapatan rumah anda di kelas mana?" Rujuk rajah. So inilah definisinya... bawah RM4,573 ialah low. Between RM4,573 to RM12,159 adalah middle dan above RM12,159 adalah high income. Kena combine pendapatan husband and wife.

Definisi ini penting dalam ekonomi sebab bajet umum disasarkan kepada golongan-golongan ini.

Kadang-kadang bukan masalah class tetapi masalah lifestyle. Yang class atas (lebih RM10,666) ingat dia dalam middle class sebab lifestyle beliau (lavish spending contohnya) menjadikan dia jatuh middle class (perasaan dia). Begitu juga yang middle-class ingat dia low income akibat dari lifestyle.

Selain dari itu, ada pulak middle income trap yang terjadi pada banyak negara. Nak jadi negara maju, tapi rakyatnya terperangkap dengan middle income. Sampai bila tak akan jadi negara maju. Jadi inisiatif kena buat untuk tarik yang low dan middle income ke arah high income.

Dan caranya adalah "The biggest challenge is moving from resource-driven growth that is dependent on cheap labor and capital to growth based on high productivity and innovation. This requires investments in infrastructure and education. As the Republic of Korea has proven, building a high-quality education system which encourages creativity and supports breakthroughs in science and technology is key."

Ahhh penat je aku tulis. Orang bukan peduli pun hahaha

sumber http://www.statistics.gov.my/portal/images/stories/files/LatestReleases/household/HIS_2012_Eng.pdf


PERBINCANGAN SETERUSNYA DI SINI

Wednesday, September 04, 2013

USA trip 18-27 August 2013 Part 1

Saya ditugaskan untuk ke USA atas beberapa misi penting pada tarikh tersebut. Selain dari korban meninggalkan anak bini, saya juga terpaksa korbankan show Metallica pada 21/8/2013. Ye, bergembiralah anda semua.

Dari KLIA ke Paris, 8 jam. Kemudian dari Paris ke New York, 12 jam. Kematu punggung.
Take note, jika anda menaiki MAS maka checked luggage adalah sebiji saja dengan muatan maksima 30kg. Sebelum ini saya menaiki penerbangan Qatar dan Korean Airways, muatan maksima adalah dua biji checked luggage dengan muatan maksima untuk setiapnya 23kg. Dengan sebab ini saya telah berjaya bawa sebiji GIBSON LP. Dengan MAS, susah le nampaknya melainkan anda tiada bawa checked luggage.

Oleh kerana masa suntuk dengan program yang telah diatur, sesi berfoya dibuat secara improvise. Sampai saja di Newark Airport, New York, saya tidak ikut dengan pengangkutan yang telah tersedia ke Lehigh Uni sebaliknya saya dan seorang rakan terus ke New York City. Lagipun, program rasmi hanya berlaku pada keesokan harinya. Ini adalah satu-satunya hari bebas untuk ke NYC.

Misi utama pada hari itu ialah meneroka record stores sekitar NYC. Saya telah berjaya meneroka 5 buah record stores. Itupun dah makan separuh hari dengan penerokaan secara sekali imbas. Kalaulah ada masa yang lebih pasti saya akan lebih fokus.

Akibat dari itu, saya terlupa untuk mengambil gambar yang banyak di record stores tersebut *tepuk dahi*.

Record stores yang sempat diteroka yang kebanyakannya terletak di The Village (sila google):

Academy Records & CDs
Bleecker Street Records
Rebel Rebel Records
Discorama
(Alamak... satu lagi record store dah lupa nama) 


The Village yang tenang

Di kaki jalan pun ada yang menjual vinyl

Ini antara yang sempat dirakam

fuh!

dan fuh!

Tuesday, September 03, 2013

Support local acts

Konsep support local yang menarik dari Dischord Records.
Why don't you release music from outside Washington, DC?

We only release music from the DC's music scene because this is the city where we live, work and have the most understanding. To expand would be to dilute our focus. We encourage creative people to take control of their local scenes and to look within themselves to create opportunities as others encouraged us to do when we started out.
Scene yang maju sustainable dengan local acts saja. Tetapi bukanlah kerja yang mudah. Komitmen dari label dan band kena seiring. Jika label sanggup korbankan RM5000 untuk hasilkan CD/vinyl, adakah band sanggup korbankan RM5000 juga untuk rekoding/promo tour?

Zaman label curahkan duit kepada band dan seterusnya rip off band sudah lama berlalu. Zaman sekarang ialah zaman dua-dua struggle untuk sustain organisasi masing-masing.

Yang paling penting, untuk sustain kedua-duanya dalam wajah muzik tempatan yang non-supportive ini, bagaimana caranya?

Perbincangan seterusnya DI SINI.

Monday, September 02, 2013

BBQ Hari Kemerdekaan 31/08/2013

BBQ adalah satu aktiviti kegemaran yang dibawa oleh saya dari Australia. Semasa di sana, ini adalah satu-satunya event untuk beramah mesra dengan kawan-kawan yang disebabkan sibuk, tiada interaksi yang "real" melainkan melalui facebook.

Event BBQ bukan macam kenduri. Kalau kenduri, lepas makan terus balik. BBQ memerlukan makanan ditunggu masak dulu. Ambil sikit, sembang kemudian ambil sikit lagi sampai kenyang dan habis modal untuk bersembang. Itu pun kira tak cukup lagi. Apabila mata dah ngantuk dan tak larat nak sembang/makan, barulah balik - itulah dikatakan BBQ event.

Yang bawa family, jika tinggal berdekatan, kena hantar anak bini balik dulu (jika mereka dah penat) dan beliau sendiri kena kembali untuk menyelesaikan sesi BBQ tersebut. Selalunya, selepas puas makan, rilek lepas BBQ adalah event paling menyeronokkan. Hanging around sambil sembang-sembang.

Apatah lagi jika di stereo kedengaran lagu-lagu rock klasik. Memang layan!

Itulah sesi BBQ yang berlaku pada malam tersebut di rumah saya.

Terima kasih kepada jiran-jiran yang hadir juga kawan-kawan rock/metal yang datang dari jauh. Penat pre dan post event tak terasa di atas kehadiran anda. InsyaAllah, dari masa ke semasa sesi BBQ ini akan diteruskan.

Saat-saat akhir sekitar 1230am. Nampak tak bendera jalur gemilang dikibar?
Sembang Thrash.

Antara adab BBQ ialah menolong tuan rumah untuk membakar.
 
Nampak amatur ;)

Posing whores

Tuan rumah dan tetamu
Jumlah terkorban: Ayam 5 ekor. Kambing 3kg. Daging kerbau 3kg. Sosej pendek 1.6kg. Sayur-sayuran grill. Kerang 2kg. Nasi goreng dan spaghetti goreng. Makanan ringan. Minuman soda dan kordial. Cukup untuk kehadiran dalam 50 orang (dewasa dan anak-anak).

Dah masak ke ni?
Tetamu yang datang selepas 12am ;)
Support our military force!

My 2nd. The one who asked the most questions on god, science, astronomy and dinosaurs. He wants to be an engineer/scientist but with his laziness, I can only pray. Whatever it is, I love you son. Seing you grow is just a miracle. Can you be normal for a while like any other kids when your picture is being taken?