Friday, June 28, 2013

METALLICA Singapore II


Dalam benci pun ada sayang.

Beli ke tak ni? Hahaha... bagi saspen sikit.

Thursday, June 27, 2013

METALLICA Singapore

Setelah membuat perkiraan saya mengambil keputusan untuk tidak hadir ke konsert Metallica. Antara sebabnya Metallica ni banyak benda yang saya benci dari minat. Sekarang tengok muka James dengan Lars pun tak lalu ppfffttt. Lagipun since when I really care of Metallica after the black album? Load? Reload? Double pfffttt...Juga sebab album Lulu. Oleh itu saya tidak rela mengorbankan riban RM untuk tiket, flight dan stay.

Saya tahu ini adalah peluang 'experience' Metallica tetapi seperti yang dinyatakan rasa benci lebih dari sayang. 


Tapi perkiraan saya mungkin berubah apabila kos berubah, seperti contohnya Metallica datang menyembah main di Kuala Lumpur ;) 

Duit yang terselamat ini akan dikorbankan pula kepada perkara lebih bermanfaat seperti melengkapkan koleksi CD The Beatles, Pink Floyd dan Camel.

p/s: Pos berkaitan Antara IRON MAIDEN dan METALLICA 

Wednesday, June 26, 2013

Wordless Wednesday: Audio Hifi

MARANTZ PM6002 Intergrated Amp

MARANTZ CD6002 CD Player

MORDAUNT-SHORT Avant 906i Tower Speakers
On their performance, please google the reviews.

Tuesday, June 25, 2013

Viva Voce

Viva atau nama penuhnya adalah viva voce adalah "An oral examination, especially in reference to a thesis defense in academia (a common requirement for dissertations and theses in graduate education)" - sumber wikipedia

Saya berkesempatan menjadi pemeriksa luar (external examiner) bagi dua pelajar MSc di bawah bimbingan Dr Airil Yasreen (http://airilsametok.blogspot.com/) di UTM Skudai. Ini adalah pengalaman pertama menjadi pemeriksa luar. Boleh kata gementar juga kerana saya perlu memberi komentar yang bernas kepada pelajar supaya tesis beliau dapat diperbaiki.

Juga gementar kerana apa yang keluar dari mulut saya juga diperhati oleh pemeriksa dalam, chairman dan supervisor yang juga bersama mengikuti viva voce tersebut. Mereka dari segi akademiknya lebih layak dan tinggi dari saya!

Dengan lain perkataan, bukan saja pelajar yang gementar, saya pun turut gementar!

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Saya telah meluluskan kedua-dua pelajar tersebut dengan syarat pembetulan minor. Mereka sebenarnya deserved untuk lulus disebabkan menariknya penyelidikan yang mereka lakukan.

Layanan dari pihak UTM pun sangat baik. Saya harap hubungan ini berterusan untuk masa akan datang.

L to R - Pengerusi, Pelajar, Pemeriksa Dalam, Saya dan Dr Airil Yasreen.

Dr Airil Yasreen, Pelajar dan saya.

Tuesday, June 11, 2013

The Effect os Steel Yielding on CFRP Plated Steel Member by Partial Interaction Theory

Take note on the error "os" which I already complained. Will take sometimes before it will be corrected.

------------------

Abstract 
The reliability in strengthening concrete or steel structures using Carbon Fibre Reinforced Polymer (CFRP) depends on the success of the stress transfer between the two materials. This paper presented a simple numerical approach to simulate the stress transfer by applying partial interaction theory. The numerical approach uses a local bond-slip (τ-δ) model obtained from a previous experimental work. Pull tests were conducted on a dog-bone shaped steel specimens to initiate yielding of the steel. Results from the tests and published data compared with the numerical values show good correlations. These provide useful insights in the existence of full and partial interaction regions along the bonded length of the CFRP.

Keywords: Cfrp; frp; strengthening; steel; bond-slip

Abstrak 
Kebolehpercayaan dalam pengukuhan struktur konkrit atau keluli menggunakan Polimer Bertetulang Gentian Karbon (CFRP) bergantung kepada kejayaan pemindahan tegasan antara kedua-dua bahan tersebut. Kertas kerja ini membentangkan satu pendekatan berangka yang mudah untuk mensimulasikan pemindahan tegasan dengan menggunakan teori interaksi separa. Pendekatan berangka menggunakan model tempatan ikatan-gelincir (τ-δ) yang diperolehi dari kerja eksperimen sebelumnya. Ujian tarikan telah dijalankan ke atas spesimen keluli berbentuk tulang-anjing untuk memulakan alahan keluli. Korelasi yang baik dapat diperhatikan dari perbandingan antara keputusan ujian ini dan keputusan ujian lepas jika dibandingkan dengan kaedah berangka. Ini memberikan pandangan yang berguna dalam kewujudan kawasan interaksi penuh dan separa sepanjang panjang ikatan CFRP.

Kata kunci:Cfrp; frp; gentian karbon terkukuh polimer; keluli

© 2013 Penerbit UTM Press. All rights reserved.

The above article is the abstract of a paper,

Ibrisam Akbar, Deric John Oehlers, M.S. Mohamed Ali (2013). The Effect os Steel Yielding on CFRP Plated Steel Member by Partial Interaction Theory. Jurnal Teknologi. 61(3): 31-39.

Friday, June 07, 2013

Terjebak kembali

Sebelum ini saya memiliki sistem audio berikut:

ARCAM Alpha 5 integrated amp
MARANTZ CD63SE CD player
TANNOY bookshelf speaker (tak ingat model apa)
One generic turntable (tak ingat dah apa jenis)

yang dimiliki sebelum berkeluarga dan berkekalan sehingga sebelum saya merantau ke Australia. Pulang dari Australia pada awal 2010, saya memiliki ratusan CD yang hanya dimainkan dalam kereta. Itupun setelah diripkan kepada mp3.

Ratusan CD tetapi tiada sistem untuk mendengarnya! Bayangkan.

Setelah diracun oleh beberapa sahabat facebook, maka saya mengorak langkah kembali untuk mendapatkan sistem audio. Langkah dimulakan dengan pembelian alatan berikut (2nd hand):

Arcam Alpha 8 Stereo Integrated Amplifier


Arcam Alpha 8 CD Player

MARANTZ Tuner ST-53
Dibeli melalui internet dan masih menunggu untuk sampai ke riba.

Sudah tentu sistem ini belum cukup iaitu ketiadaan speaker. Saya berkira-kira untuk mencari floorstander untuk mendapatkan bunyi bass yang lebih padat. Masih dalam pencarian.

Dan sudah tentu, turntable. Namun ini menjadi secondary selagi tidak dijumpai speaker.

Kalau anda ada cadangan floorstander yang sesuai untuk matching dengan sistem di atas, silakan beri cadangan tersebut.

Thursday, June 06, 2013

Ulasan: TORCH Daroh Dagir - Bloodlines

TORCH memang sudah dikenali dengan rilisan eccentric mereka; minimalis tetapi pada masa yang sama cuba mencucuk beberapa idea baharu yang berbentuk nusantara. Mereka juga dikenali sebagai sebuah band yang pro-Iron Maiden. Album ini mempunyai kedua-duanya. Minimalis dari segi produksi dan ini perlu dibiasakan oleh pendengar baru. Idea baru yang dicucuk ialah gaya nyanyian dengan loghat Raub pekat dan hampir kesemuanya berbentuk nasihat - dengan kata lain, nasyid Metal seperti yang pernah saya slogankan satu masa dahulu. Ini adalah langkah yang bijak kerana loghat Raub adalah satu yang original dan tak pernah dibuat orang - bayangkan jikalau komuniti Raub terpikat dengan Torch, tidakkah mereka akan menjadi selebriti Raub. Penggunaan loghat tempatan dalam muzik bukanlah asing jika anda biasa ke Sabah dan Sarawak. Dari segi muzik, ia adalah garapan bersama jalur melodi Iron Maiden dan juga muzik Heavy Metal tipikal. Walaupun begitu, liriknya sangat memberi kesan, atau sekurang-kurangnya membuatkan kita berdikir sejenak. Dari band mana lagi yang anda akan jumpa lirik sebegini,

"Umor keh doh empek puloh
Nadi doh makir lemoh
Entoh esok entoh luse
Keh pegi ngadak Yar Esa"

Wednesday, June 05, 2013

Wordless Wednesday: Rosnani Halip

Persediaan untuk audio experience tapi... siapa dia ni?