Friday, May 10, 2013

Mendiang JEFF HANNEMAN


Updated 3:23pm

Saya berulang-ulang katakan kepada anda bahawa Jeff Hanneman adalah ingredients utama dalam SLAYER. Tanpa beliau, maka tiadalah lagu-lagu taraf kvlt berikut:

Die by the Sword
Angel Of Death
Post Mortem/Raining Blood
South of Heaven
Mandatory Suicide
Spill the Blood
War Ensemble
Dead Skin Mask

Anda perhatikan setlist Soundwave 2013 di Australia baru-baru ini


Berapa lagu Kerry King dok ada?

Tapi saya tak kata la SLAYER tutup buku. Cuma kita memberikan fakta. Sekarang Kerry King kena buktikan dia pun boleh la bawak SLAYER tanpa Jeff Hanneman, yang merupakan tulang belakang dalam ciptaan lagu-lagu berkaliber. Kerry King memang banyak sumbangannya, tidak la saya menafikannya. Tapi apa la gunanya kalau benda paling penting (kualiti lagu) dia tak boleh buat (atau malas nak buat).

Tu pasal la walaupun SLAYER ramai peminatnya, tak kurang ramai juga yang kritik pada Kerry King. Macam-macam tuduhan dok kena kat dia. Tak kisah la. Apa yang penting, beliau kena buktikan juga yang "Saya pun boleh buat!"

Baru la SLAYER akan direspek seperti sediakala. Kita bagi masa la kan. Bagi 5 tahun lagi ke. Atau tunggu sampai album baru keluar tanpa Jeff ka. Buat masa ni kita acah-acah dulu kat dia, bagi pressure sikit. Tour tu kasi kensel dulu la kot. Takde siapa nak tengok SLAYER sekarang ni. Dah la Jeff meninggal, Tom pun takde, Dave pun takde! Apa cerita woi!

Saya berharap Kerry King stop dulu buat tour tu dan kasi bikin album la. Last album pun tahun 2009. Dah 4 tahun ni. Takkan nak tunggu 10 tahun nak rilis album baru woi!!! Susah-susah sangat, kau jemput la Abang Mus buat 3-4 lagu kalau kau dah takde idea sangat. Dulu kan kau main dengan Megadeth kejap, kan?

Kalau dah tak ada daya, baru la TUTUP BUKU. Tak payah la dijaja nama SLAYER tu kalau tinggal kau dan Tom (yang boneka, saya rasa). Buat le band lain, nama REYALS ke. Ala macam satu band tu pakai nama terbalik, RIUSGNAL.

Related post (SLAYER) KAT SINI.






10 comments:

  1. REYALS???...sedap jugak bunyinya tu...heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat ejaan d'reyals ala2 band d'riyadh dulu2 hehehe...

      Delete
  2. JH jugak last jadi legend... RIP!

    ReplyDelete
  3. x pernah gagal utk membaca ttg fakta muzik mcm ni.......

    sian juga Dave kluar dari Slayer pastu Jeff plak mati. kalo buat album juga, resepi dan taste lagu mungkin berubah mendadak mcm album god hates us all, diabolus musica atau etc........

    ReplyDelete
  4. Tom Araya hanya boneka... boneka yang boleh menyanyi metal laa.hahaha.yaaa... kredit lgu dia pon mmg kurang. selalu diketepikan oleh kerry n jeff. tp skang ni tinggal kerry saja terkontang kanting di departmen kreatif.kalau araya pon takleh nk perform tour akan dtg ni mmg hilang trus integrity slayer.ada beli mag revolver Slayer edition( book of slayer)... nampak sangat hubungan dalaman band diorang ni lagi pincang dari Anthrax, megadeth n metallica tapi mungkin atas sebab muzik (...atau Duit) mereka masih boleh kekal bersama utk tempoh yang panjang.MMg kerry takkan batalkan tour akan datang utk Slayer ni sebab faktor..well..duit lah. Dia peduli ape pasal fans semua, mungkin dia fikir nak datang,datang...kalau tanak sudah.hehehe... REYALS ? Macam Riusgnal je? hahahah

    ReplyDelete
  5. REYALS Madrid? Cerita pasal bola pulak dah haha...sori doc

    ReplyDelete
  6. tak macam megadeth, walaopon pernah satu ketika hanya tinggal dave mustaine sorang je lineup asal, tapi masih boleh mengeluarkan album2 yg best best jugak laaaa.... ahahhahaha :D

    ReplyDelete
  7. NO Jeff Hanneman
    NO Slayer

    tukar!
    ubah!
    bubarkan!

    Slayer

    ReplyDelete
  8. Kesian jeff, kita belom sempat dakwah dia dah mati. Adakah south of heaven untuk mu? Wa Allahu a'alam.

    ReplyDelete