Kami jemaah seramai 8 orang dari kawasan Ipoh mula bertolak ke Jakarta pada 17hb May 2013. Amir perjalanan dilantik dan beliaulah yang menjaga hal ehwal kami.
Kami sampai di tapak ijtima pada 11pm hari yang sama. Subhanallah, ramainya manusia tetapi kami telah terlepas program utama waktu maghrib. Ramai yang telah mula beristirehat. Saya kira-kira antara 50,000 - 70,000 orang.
Kami ditempatkan di kawasan khas untuk jemaah foreign. Layanan ekstra istimewa jika dibandingkan dengan jemaah tempatan. Itulah hak tetamu.
Keesokannya program bersambung pada waktu Subuh dengan bayan (kata-kata nasihat). Dan saya telah duduk dalam setiap program yang berjalan.
Nak explain panjang lebar pun tak ada daya kerana susah payah dan kesannya hanya terasa pada mereka yang hadir. Saya menasihatkan anda pun dapat hadir dalam ijtima sebegini apabila ia dijalankan di kawasan sekitar anda satu hari nanti.
--------------------------------
Selepas itu kami terus dijemput oleh penduduk sebuah kawasan yang bernama Cibubur, berdekatan dengan Jakarta untuk buat usaha masjid selama 3 hari. Alhamdulillah, penduduknya sangat ramah dan berbesar hati menerima kami.
Kawasan sekitar masjid ini kebanyakannya beragama Kristian (80%). Namun begitu masih ramai juga orang Islam yang perlu kami jumpa dan ajak mereka dalam usaha iman dan amal ini.
Nak tau orang Islam atau tidak, tidak cukup dengan beri salam kerana orang Kristian di sini pun boleh menjawab salam dengan baik. Perlu ditanya samada anda Islam atau tidak sebelum berbicara.
Ramai yang bagi niat untuk keluar 40 hari. Kebanyakan mereka tidak cukup wang walaupun masa banyak (kerja sendiri). Kami nasihatkan mereka untuk doa dan usaha kerana hanya Allah s.w.t. saja yang boleh bagi cukup.
Lain-lain layan gambar je le ye...
|
Tabung masjid |
|
Mesyuarat dengan orang tempatan sebaik saja tiba di masjid. |
|
Solat maghrib bersama orang tempatan |
|
Rehat ketika sesi taklim fadail amal |
|
Seni binaan yang nusantara |
|
Rehat dulu minum |
|
Pintu utama. Masjid ini tidak dibenarkan ditutup oleh Pengerusi. Inilah yang sepatutnya. |
|
Ada kolam ikan sepat di sebelah masjid |
|
Beranda untuk bersembang dan rehat-rehat |
|
Baca fadail amal selalu pun tapi amal tak bertambah. Tanda perlukan lagi hidayat. |
|
Lorong-lorong di sekitar masjid |
|
Walaupun banyak lorong kecil tetapi bersih |
|
Taklimi gash bersama penduduk tempatan |
|
Bacaan kitab fadail amal untuk warga masjid |
|
Doa selepas maghrib sebelum sesi bayan |
|
Pembayan maghrib walaupun demam-demam teruskan juga |
Saya tahu ada antara pembaca blog ini yang ada keinginan untuk keluar 3 hari. Saya katakan, keluar aje. Selagi tak keluar, mana nak tau. Pedulikan apa yang anda dengar dari orang lain.
cantik kawasan masjid dia.. kalau tak beritahu tempat..mesti orang ingat Malaysia
ReplyDeleteInsyaAllah doc, doakan saya agar mendapat kekuatan untuk ikut serta aktiviti sebegini...ingin benar rasa utk merasai ijtima sebegini
ReplyDeleteMula aku tengok gambo akuimpress ngan kawasan masjid ni, well maintained walaupun humble. Baca pasal pengerusi tu aku rasa no wonder. Untung masjid ni dapat pengerusi cam gitu.
ReplyDeleteBersih masjidnya mengingatkan aku pada sebuah masjid di Ho Chi Minh yang dikendalikan oleh imigrant Indon
ReplyDeleteAlhamdulillah sebab pengorbanan antum2.... datangi masjid kampung kami... telah berangkat bulan kemarin 40hari satu jamaah dari masjid ini....
ReplyDeleteSalam,kami baru saja pulang 40 hari dari kediri
ReplyDeleteThanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteAn Thái Sơn chia sẻ trẻ sơ sinh nằm nôi điện có tốt không hay võng điện có tốt không và giải đáp cục điện đưa võng giá bao nhiêu cũng như mua máy đưa võng ở tphcm địa chỉ ở đâu uy tín.