Tapi betul la... Les Paul (GIBSON) ini ada hantunya. Selepas pakai model-model GIBSON yang lain (Flying V, Explorer, SG kecuali Firebird), paling berhantu ialah Les Paul. Feelnya susah mau cerita. EDWARDS dan EPIPHONE LP sudah test tapi... isshhhh susah mau cakap. Padan ramai peminat GIBSON LP ni. Dan ramai antara mereka yang obses. Apabila obsesi itu datang, maka terpaksa la di let-go Explorer dan SG saya
Ada beberapa sahabat FB yang juga teruja atas status ini disebabkan adanya kemungkinan saya let-go gitar Explorer dan SG saya. Ada yang bertanya berapa harga mau tolak? Mereka tidak memahami perkataan "Apabila...". Maksudnya, belum lagi. Dan mungkin lama lagi.
Untuk obses dengan GIBSON LP anda memerlukan $$$$ kaching! yang bukan sikit.
Walaupun begitu, saya terus membeli-belah cermin (window shopping), seperti selalunya keadaan apabila perasaan obses itu datang. Saya mendapati LP berikut sangat menjejehkan air liur.
Gibson Les Paul '70s Tribute Electric Guitar |
Gibson Les Paul Studio Deluxe II '60s Neck Flame Top Electric Guitar Caramel Burst |
Gibson Les Paul Traditional Pro II '60s Neck Electric Guitar Alpine White Gold |
Kemudian saya cepat ditegur oleh isteri. Kalau membeli-belah cermin pada waktu duit tiada, tidak mengapa. Kalau ada duit, itu yang bahaya.
Cepat-cepat saya menutup notebook dan mengakhiri aktiviti membeli-belah cermin sambil beristighfar. Ini adalah ujian dunia.
Mana pilihan anda dari tiga di atas?
caramel.
ReplyDeleteyup... sama dengan Adreen... no 2 lawa ooo
ReplyDeletewhite LP tu awesome. Doc, apa list of axes doc sekarang?
ReplyDeleteMBA,
ReplyDeleteMy guns:
GIBSON SG Voodoo (dark wood)
GIBSON Explorer 1996 (ebony)
GIBSON Les Paul Custom Classic (ebony)
no 2 caramel burst
ReplyDeleteentah la doc, saya lebih prefer gitar SG dari single-cut mcm Les Paul ni...mgkn terpengaruh oleh Angus Young kot haha
ReplyDeleteTony Iommi pun pungguna SG
ReplyDeleteerr doc.. LP 70's tribute bkn pakai mini humbucker ke? kat gambar tu guna full humbucker
ReplyDeletegoldtop all the way (pengaruh H, lgpun H guna 70's LP deluxe)