Thursday, April 11, 2013

South Korea trip 2: Sampai Korea

Asal sebenarnya saya yang sepatutnya ke Korea Selatan. Tetapi semasa hal perjalanan dibincang, saya telah diarahkan juga untuk ke USA dan memang sepatutnya ke sana. Saat akhir nama saya dikeluarkan disebabkan ramai yang ke USA pada masa itu termasuklah top management. Dan saya pun memang tidak plan untuk keluar negara at that point. Tiba-tiba pula one of the team jatuh sakit - so rezeki/bala saya la tu.

Objektif ke Korea Selatan adalah confidential tetapi cukuplah saya bagitau, adanya new frontier di sana dan rezekinya Korea Selatan yang memulakan inisiatif ini sebab kalau nak kira-kira, apahal pula negara maju macam Korea Selatan datang ke UTP, kan? Apapun hal ini kami serahkan kepada top management untuk buat kira-kira. Kami sekadar gerombolan yang menurut arahan saja. Cuma yang boleh saya bagitau ialah if this happens, this is going to be big, at least untuk UTP.

Anyway, flight kami dengan KoreanAir jam 1115pm. Dari venue gig, saya dihantar oleh Pojie Mutilator ke KL Sentral dan dari situ menaiki train KLIA ekspress - first time naik. Sampai KLIA dengan tak mandinya - phewww...sempat lap-lap je lepas tu makan dan naik flight.

Selepas 6 jam dalam flight akhirnya sampai Incheon International Airport. Kami dijemput oleh Captain Bang, pengurus kepada one-of-the-GLC at Gwangyang City kira-kira jam 630am, hari pun dah cerah. Perjalanan dengan van Kia Carnival Limo dari airport ke Mokpo, destinasi pertama kami ialah kira-kira 4 jam.

Delegasi kami seramai 4 orang - tiga dari Civil Engineering Department dan seorang dari Electrical Engineering Department.

Captain Bang (kanan) dan driver pakai 2 set GPS systems tu.

R&R berhenti untuk sarapan dan stretching. 

Sarapan udon seafood.

Seosan, kira-kira separuh perjalanan dari Incheon ke Mokpo. Muka tak mandi badan berlengas dari semalam.

8 comments:

  1. sinar mentari di korea~ (lagu raja ema dulu2)

    ReplyDelete
  2. bang...mintak otograp bintang2 running man boleh tak?...

    ReplyDelete
  3. more pics mm

    sedap ke mee sop tu

    ReplyDelete
  4. Sempat singgah ke Gangnam x?hehe...

    ReplyDelete
  5. oppa abg ben style..hheheh

    ReplyDelete
  6. Jaga2 dan tengok atas. takut ada peluru berpandu dari negeri jiran

    ReplyDelete
  7. Muka tak mandi badan berlengas dari semalam.

    muka mcm 'kerna terpaksa aje'....

    ReplyDelete