Diketahui bahawa UTP berjiran dengan UiTM dalam 3 km jarak antaranya. UiTM Seri Iskandar diberi nama. Website disini.
Tidak seperti UiTM Shah Alam, UiTM Seri Iskandar mempunyai Fakulti Seni Bina tetapi tiada Fakulti Kejuruteraan. Oleh sebab itu untuk subjek berkaitan Civil Engineering (Structure), UiTM Seri Iskandar terpaksa mencari tenaga pengajar luar. Punca paling dekat, UTP.
Saya berkesempatan untuk semester ini menjadi tenaga pengajar untuk subjek Struktur 4 bagi pelajar Arkitek tahun 4 ini. Untuk tidak mengganggu waktu kerja saya maka, kuliah diadakan pada waktu malam - 8 hingga 11 malam, 2 malam seminggu kerana bilangan pelajar agak ramai yang terpaksa dibahagi kepada dua.
Mnegkuliahkan subjek Struktur 4 (design of steel structures dan foundation design) kepada pelajar arkitek, tidak seperti mengkuliahkan kepada pelajar engineering. Depths dan details pelajaran dikurangkan. Sekadar untuk mereka faham "rule of thumbs" kerana kedudukan mereka di atas kejuruteraan.
Saya katakan kepada mereka bahawa mereka perlu tahu sedikit sebanyak walaupun tidak sebegitu dalam kerana mereka akan berinteraksi dengan jurutera struktur. Supaya jurutera tidak "cakap belakang" terhadap ketidakbolehan mereka memahami "struktur". Nasihat ini sedikit sebanyak membuatkan mereka memberi perhatian yang lebih sedikit waktu kuliah.
Saya pun perlu menahan diri untuk tidak mengkuliahkan terlampau dalam akan hakikat struktur supaya mereka tidak pening dan itu bukanlah matlamatnya kerana hakikat struktur itu, jurutera yang perlu mendalaminya.
Satu pengalaman yang berbeza dalam sejarah mengajar tetapi begitu mengujakan. Ini kerana cita-cita asal saya adalah untuk menjadi seorang arkitek tetapi subjek lukisan semasa SPM dapat C3. Kemudian ada cita-cita mahu melanjutkan PhD dalam bidang Architectural Engineering tetapi terpaksa dilupakan kerana mana ada Arkitek yang bekerja dengan PETRONAS, kan? (Soalan ini saya tanya berulang-kali kepada pelajar arkitek, dan mereka tidak mendengar adanya seorang arkitek yang bekerja dengan PETRONAS).
jangan dalam sangat yop, muntoh ijo deme nanti
ReplyDeleteAssalamualaikum…
ReplyDeleteApa khabar?
Sihat ke?
Harap2 sihat + bahagia selalu…
bosannya entry ni :P
ReplyDeleteentry: biase.
ReplyDeletekata2: mmg sempoi senang dipaham...... dan x terlalu skema...
TQ Bentara.....
masyukkkkkk....
ReplyDeleteso far takde lagi yg keje ngan petronas atas tiket seorang arkitek. tp ramai kawan saya yang keje petronas ade honours dlm architecture tp bekerja sebagai exec di sana. langsung tak apply apa yg deme blajor siang malam di studio satu ketika dulu..
ReplyDeletepenat sbb deme kene blajo banyak benda baru tapi masyukk ;)