Ahad adalah hari lepak. Walaupun kepala serabut, tetapi lepak tetap juga. Terpaksa lepak? Dalam sibuk-sibuk kepala berfikir nak ke ofis untuk persedian hari Isnin atau bermalasan, nampaknya malas juga yang menang.
Dan hari Ahad adalah hari BBQ.
Walaupun bukanlah selalu berBBQ tetapi ada ralitnya BBQ ni, walau di tengah panas. Sememangnya budaya BBQ di Australia adalah di musim panas. Saya teruskan tradisi ini. Akibatnya, badan sunburn merah menyala seperti udang bakar.
Saya tidak lupakan jiran sebelah suami isteri saya sedekah 3 ketul ayam.
Petangnya ke Taman Tasik UTP. Di kawasan permainan kanak-kanak yang ada buaian, saya dapati dua couple remaja sedang berbuai. Saya agak pantang hal ini. Seperti yang lepas-lepas, saya tegur secara tepat. Buaian ini untuk kanak-kanak, bukan untuk anda.
Saya dapati beberapa alatan permainan itu telahpun rosak. Ini angkara 1st class facilities 3rd class mentality yang tidak berubat. Kalau generasi saya dan bawah saya pun tidak membetulkan budaya ini, apa guna jadi negara maju?
Ayuh didik diri sendiri dan mereka di bawah jagaan kita untuk jadikan 1st class facilities 1st class mentality sebagai budaya kita.
alamak... lapar pulak tengok...nak join boleh??
ReplyDeleteSindrom "1st class facilities, 2nd class mentality" tu memang payah nak diubat bro...it takes time
ReplyDelete