Thursday, February 28, 2013
SLAYER tanpa Jeff dan Dave
Saya rasa album terakhir SLAYER, World Painted Blood adalah sebuah album yang exceptional. Saya menyukainya.
Jeff dan Dave kembali dengan persembahan terbaik. Christ Illussion pada saya so-so.
Tetapi sekarang Jeff ada masalah kesihatan. Baru-baru ini Dave pula ditendang keluar. Masalah yang sama juga kerana sebelum ini Dave keluar masuk atas alasan kontrak (berkaitan dengan duit).
SLAYER tinggal Tom dan Kerry je sekarang ni. Saya rasa ia agak sucks sikit la. Gary Holt (Exodus) sebagai pengganti Jeff dari segi reputasi memanglah hebat. John Dette menggantikan Dave errr... sape dia ni (saya tau dia bermain untuk live 1996-97) tapi???
Lebih saspen ialah bila Kerry kata album baru akan dirakam tak lama lagi. Andaikata Jeff takde, maknanya lagu-lagu killer pun takde le sebabnya kebanyakan lagu-lagu killer ditulis oleh Jeff. Kalau tak percaya, boleh check dari album Show No Mercy lagi.
Apapun, all the best SLAYER! Jangan sampai jadi SLAYAP.
Monday, February 25, 2013
Kepada Abang Mus...
Abang Mus,
Saya berharap untuk album yang akan datang, ciri-ciri album Countdown to Extinction hingga the World Needs A Hero dapat disuntik semula.
Saya tak nafikan lagu-lagu thrash metal kental yang mengambil inspirasi dari Rust In Peace yang disuntik ke dalam 4 album terbaru Abang juga adalah hebat. Tapi makin lama makin sebu ideanya.
Jadi untuk mengelakkan kesebuan itu berlarutan, maka cadangan saya di perenggan pertama.
Saya rindukan suara mengada-ngada Abang dalam lagu Captive Honour. Suara romantik Abang dalam lagu A Tout Le Monde. Vokal marah manja dalam lagu Dread And The Fugitive Mind.
Juga solo melodik Marty Friedman dan Al Pitrelli sungguh best. Broderick terlampau maestro la Abang, tak melekat kat kepala bunyinya. Saya cadangkan Abang tendang dia keluar dan panggil balik Al sebab dia sebaik-baik pengganti Marty. Dia bukan buat apa sangat pun sekarang ni.
Saya tahu Abang dalam pembikinan album terbaru itu yang diberi nama Super Collider. Tapi by any chance kalau ada sesiapa yang tolong translate entry kepada Abang, saya rasa masih tak terlambat untuk Abang buat semula album itu dengan suntikan dari album-album di perenggan pertama entry ini. Belum terlembut Bang! Belum!
- adik Mus
Friday, February 15, 2013
Battle of the Bands
Apa objektif Battle of The Bands (BoTB)? Untuk naikkan band baru yang ada talent (macam American Idol). Tapi kalau dah menang BotB pun masuk BotB lagi dan lagi dan lagi, where got road? Ada Kelly Clarkson masuk bertanding lagi? Takde.
Oleh itu saya cadangkan syarat next time, pemenang mana-mana BotB cannot enter BotB again. Baru la betul boleh naikkan band baru (kalau itu le objektifnya).
Ataupun jika itu bukan objektifnya, maka patut syarat band yang ada kontrak rakaman atau ada album tak boleh masuk itu dimansuhkan atas alasan band tersebut melampau pengalamannya. Walhal band yang masuk BotB ini sudahlah menang banyak kali bahkan sudah berada di lapangan bertahun-tahun lamanya. Takkan itu pun dikira tiada pengalaman?