Thursday, January 03, 2013
Ulasan: TIAMAT Clouds
Sejarah Tiamat adalah berwarna warni tetapi dalam banyak-banyak album, Clouds adalah album yang klasik kepada ramai orang, termasuklah saya. Ini adalah album transisi dari Tiamat yang Black/Death kepada Tiamat yang gothic. Hasilnya adalah gabungan Black/Death dan Goth - keras tidak terlampau keras dan lembut tidak terlampau lembut. Ia menjadi santapan mat metal yang mahukan sedikit kelembutan tetapi tidak mahu bunyi gitar berdistort hilang dari pendengaran dan vice versa bagi peminat Goth. Ia jua adalah langkah keramat bagi Tiamat yang agak ketinggalan dengan muzik Black/Death mereka yang bukannya lawan kepada ledakan Swedish Death Metal sekitar akhir 80an. Ini menyebabkan mereka menjadi pioneer kepada gabungan muzik Black/Death dan Goth yang diteruskan untuk beberapa album selepas ini. Lagu-lagu pilihan, yang menjadi saksi kepada ayat-ayat saya ini, antaranya adalah In A Dream, A Caress of Stars, The Sleeping Beauty dan Scapegoat. Genius.
memang ada kenangan kalau dengar lagu² dalam album ni. walaupun kuar masa awal 90an tapi mula dengar time 1996-97 kat ITM s.alam. 2nd album yang i suka wildhoney. rasanya ada iklan tv amek cebisan lagu whatever that hurts. tapi tak tau iklan ape..
ReplyDeletekaset ni saya ada....dah kena sakau dek kawan.kalau nak jual beritahu ye..hehehhe
ReplyDeletesteady....kalo mcm ni kena buat bidding la ini mcm...faizal, aku pun nak jugak haha
ReplyDeleteaduiiii....hahaha
ReplyDeleteSaya terlambat sket dgr Tiamat, bermula dari album A deeper kind of slumber. lepas tu baru la album sebelum-sebelumnya
ReplyDeleteIn a Dream tu selalu juga terngiang2 dalam kepala.
ReplyDelete