Swedish Death Metal? Selepas saya mendengarnya beberapa kali, saya tidak dapat menangkapnya. Samada saya tidak cukup mendengar band dari Sweden atau pengulas yang lainnya mendasarkan pendengaran mereka kepada artwork CD ini. Ya, saya gagal mendengar pengaruh Sweden tersebut. Memang benar ianya Death Metal tetapi pengaruhnya mungkin lebih kepada band Black/Death yang berlegar-legar di dunia siber. Jika debat samada mereka Swedish atau tidak dalam muziknya ditinggalkan, dan diambil apa yang ditawarkan semata-mata atas dasar merit, anda akan dapati CD ini dapat melawaskan nafsu Black/Death anda. Ianya tidak terlampau kuno tetapi tidak juga terlampau moden. Produksi rekoding yang mungkin disengajakan untuk mendapatkan bunyi sebu, pada saya agak keterlaluan. Reverbnya terlampau ke hadapan dan suara vokalisnya agak ke belakang. Gitar solonya disharmonic dan drumnya pula sekali-sekala melepaskan hentakan blast beat. Dari segi produksi mereka boleh buat yang lebih baik dan dari segi persembahan saya jangkakan aksi live mereka 2 kali ganda lebih bagus dari tawaran CD ini. Empat lagu dalam CD ini mungkin mengimbas balik kepada suatu hari di Malaysia pertengahan 90an dengan produksi dan aksi yang lebih baik. Samada ianya dapat memuaskan golongan yang mahu melihat ke hadapan, tidak dapat saya pastikan. Tetapi ianya pasti mengorak harapan golongan yang mahukan kegemilangan scene underground Malaysia kembali bernyawa setelah beberapa lama kelesuan dijangkiti penyakit facebook dan twitter. Ya, kami mahu turun padang jika Succubus beraksi di kawasan berhampiran.
Nota: Copy saya #2/150. Terima kasih kepada si vokalis.
metalporn666@gmail.com
oh aku ingatkan band dari Sweden betul2...haha nice review bro!
ReplyDelete