Friday, December 28, 2012

Ulasan: SKINBASHER Punkapak


Walaupun Skinbasher bukanlah asing bagi orang lain, tetapi bagi saya ia agak asing. Ini adalah pertama kali saya berpeluang untuk memiliki dan mendengarnya. Ajak (gitar/bass) bukanlah asing bagi saya kerana beliau saya kenali ketika Jorn dan beliau masih bersama dengan Catarrh. Tetapi entah bagaimana Skinbasher boleh terlepas dari radar, saya pun tidak tahu. Yang pasti, saya menyesal atas kejahilan ini kerana saya sebenarnya terlepas pandang sebuah band yang menggabungkan melodi punk, rock dan metal dengan tahap catchiness yang super! Tahap catchiness lagu-lagu di dalam album ini sangat radio-friendly memungkinkan mereka boleh terus ke hadapan dalam arena muzik komersil tanpa melacurkan idea dan prinsip. Selain dari lagu-lagu yang melekat di kepala, lirik-liriknya juga ditulis dengan nada selamba tetapi terhasil dari pemerhatian kepada suasana keliling yang membuka mata. Banyaknya tentang rontaan jiwa tetapi sesekali sinis. Saya yakin lagu Akupunktur dengan bait lirik "Aku bukan silent death/napalm death/megadeth/necrodeath" menjadi sajian sing-out-loud riot dalam persembahan live mereka. Jangan tertinggal juga lagu Natesria yang sungguh Sweet Charity. Sementara lagu Gitar & Conga boleh menjadi batu loncatan Skinbasher untuk menaiki carta muzik tempatan. Sekalung tahniah kepada Skinbasher. Album ini sepatutnya dimartabatkan lebih dari sekadar rilisan CDR tetapi keadaan industri muzik alaf ini seperti jauhari mengenal manikam.

http://www.myspace.com/theskinbasher
http://www.facebook.com/skinbasher

1 comment:

  1. komen yang jujur dgn bahasa yang sungguh teratur dan ikut format tatabahasa melayu haha...best gak band ni, kena cari material diorang ni...

    ReplyDelete