Wednesday, December 19, 2012

Ulasan: MORTUARY ANCESTOR Doctrine Of Hatred CD


Saya fikir dalam banyak-banyak band di Sabah, Mortuary Ancestor adalah band yang agak tidak dipedulikan. Selepas menonton persembahan live mereka melalui DVD Tribulation Ceremony dan seterusnya CD ini, saya semakin yakin bahawa Mortuary Ancestor secara tak sengaja tidak dipedulikan ramai. Hujahnya banyak, paling kuat ialah persembahan mereka dengan muzik Death Metal acuan Morbid Angel dan Suffocation jika tidak diletak dalam kategori A+ pun tetapi pasti kita akan angguk tanda setuju dengan kualiti komposisinya. Lima buah lagu di dalam CD ini menampilkan struktur berikut: Rhythm yang bersulam perlahan dan laju dengan stop-action-stop-action sepertimana yang dicontohi dari Suffocation. Riffnya pula mengingatkan kita kepada komposisi Morbid Angel sekitar zaman FFTTF, begitu juga solo gitarnya yang begitu Trey Azagthoth. Mungkin yang perlu diusahakan beberapa kali ganda oleh Mortuary Ancestor ialah untuk merakamkan komposisi seterusnya di studio yang boleh menghasilkan output yang lebih berkualiti. Oh ya, sedikit semakan terhadap bait-bait lirik juga diperlukan untuk mengelakkan mesej yang tidak difahami dan juga kesilapan grammar yang melampau.

1 comment:

  1. Mortuary Ancestor ni boleh dikatakan sudah berada di dalam scene metal Sabah agak lama sebenarnya dan saya bersetuju jika doc katakan bahawa mereka ini agak tidak diperdulikan oleh sesiapa.

    Kesilapan grammar yang melampau = typo ker atau hyppo?

    ReplyDelete