Friday, December 21, 2012

Lawatan ke USA Nov-Dec 2012: University of North Florida

Selepas Houston, Texas, saya berlepas ke Jacksonville, Florida. Perjalanan flight lebih kurang 3 jam. Tujuan saya ke sana ialah untuk melawat student UTP yang menjalankan latihan praktikal beliau di sebuah makmal di University of North Florida.

Berbeza dari Houston, Jacksonville lebih rilek keadaannya. Oleh kerana tiada kenderaan dan pengangkutan awam, saya tiada peluang merayau-rayau melainkan mengharapkan belas dari pelajar tadi yang meminjam kereta pakciknya.

Humble university.

Kenderaan akan memberi laluan kepada pejalan kaki. Not happening in Malaysia.

Cantik. Dikelilingi tasik dan saliran.

Bangunan yang simple tetapi menarik.

Paling tinggi saya kira dalam 5 tingkat saja bangunan di dalam UNF ini.

Mana student?

Siapa ada anak yang layak, boleh le hantar ke sini.

Parkir.

Bahan ujikaji pelajar tersebut. Dalam masa 6 bulan praktikal beliau berjaya menulis sebuah artikel untuk persidangan dan sebuah artikel untuk jurnal. Syabas!
Makmal struktur dan bahan yang humble. Kecil je.

Di Malaysia, kita ada frame yang 3-4 kali ganda lagi besar dari ini.

Ada rasa macam dalam filem apa ye?

Florida agak warm. Jadi tiada salji di musim sejuk.

Saya dalam perjalanan ke cafe untuk makan tengahari.

Saya rasa bangunan universiti memang patut elegan dan mudah seperti di UNF tanpa binaan yang melampau.

Binaan Marthin Luther King, Jr.

Pada hari itu juga, ada tetamu lain selain dari saya. Mereka dari Jepun.

Pokok palma adalah sinonim dengan Florida.

Hampir sampai ke cafe.
Cafe di tingkat pertama.

Saya rasa ini adalah bangunan serbaguna.

Pandangan dari cafe.

Selesai! Juga berjaya menjejak kaki ke negeri tanah tumpah Death Metal. I am now a certified Floridian Death Metaller!

6 comments:

  1. Ya ALLAH seronok nyer!!!!!sgt sgt tenang aje tgk gambar ni :)

    ReplyDelete
  2. bersih je eh...aku try carik sampah kecik2 pun tak nampak haha.

    mm, tu zebra crossing pe. kena ah kasi give way pedestrian.

    ReplyDelete
  3. betul la... bersih....tak macam kat Malaysia....

    ReplyDelete
  4. zebra crossing tu kalau kat Spore pun camgitu...aku pernah drive kat Spore tetiba orang melintas...terkejut jugak...rupa2nya memang law dia macam gitu...

    ReplyDelete
  5. tiada kelibat Morbid Angel,Limp Bizkit dan juga Korn..heheh

    ReplyDelete
  6. gambaq dengan signboard univ. tu memang trademark bukti lawatan :D

    http://kumanx.blogspot.com

    ReplyDelete