Thursday, November 15, 2012

Ulasan: KREATOR Endless Pain

Dalam kelompok teutonic thrash metal German, Kreator letaknya antara Sodom dan Destruction dari segi kualiti permainan. Tidak terlampau simple atau terlampau kompleks. Ini mungkin menjadi advantage bagi Kreator kerana dari segi kualiti permainan instrumen yang bersih, takhtanya akan jatuh kepada Destruction. Sodom dengan album pertamanya, tidaklah nampak sangat apa yang menarik. Endless Pain sebagai album pertama di tahun 1985, disebalik kualiti produksi yang tak dikawal sangat, akhirnya menjadi rujukan kepada banyak band thrash yang mendatang. Ianya adalah batu loncatan kepada album-album Kreator yang lebih teknikal. Disebalik itu, tidak mungkin kita dapat mengelak dari mengiktiraf thrash anthem dari album ini seperti Tormentor, Flag Of Hate dan Cry War. Ini adalah satu-satunya album yang dirasai vokal drummer, Ventor lebih sedap dari Mille Petrozza. Album thrash metal yang pantas dan berdebu.

2 comments:

  1. Mille,Rob,Ventor... classic 3 piece..

    ReplyDelete
  2. pantas dan bedebu?hehe boleh terangkan lagi bro ker doc?

    ReplyDelete