Saya akan komen karikatur Zunar di akhir tulisan.
Saya sokong AES dengan pembaikan. Mana-mana komplen yang munasabah, perlu diambil perhatian dan pembaikan perlu dijalankan.
Saya sokong AES kerana saya dapat buat perbandingan antara pemandu di Malaysia dengan negara maju; Australia dan USA. Saya menetap di Australia selama 3.5 tahun dan USA 3 bulan. Nyata pemanduan mereka lebih cermat. Yang lebih penting, mereka nampak menghormati undang-undang jalan raya.
Jika hadlaju 40km/j kerana melalui kawasan sekolah, memang SEMUA akan memandu dengan kelajuan tersebut. Jika ada tanda berhenti, memang mereka akan berhenti. Jika ada garisan zebra untuk laluan pejalan kaki, memang mereka akan berhenti dan memberi laluan kepada pejalan kaki untuk melintas.
Anda pun tahu saya pun tahu keadaan kita di Malaysia.
Hari-hari kita memandu, berapa kali anda nampak kereta/motor langgar lampu merah? Sekali sebulan? Sekali seminggu? Hari-hari? Atau setiap lampu merah pasti ada yang melanggarnya?
Tidakkah anda rasa sedih?
Mengenai kartun Zunar, beberapa komen yang saya rasa patut. Sebab di dalam facebook, ramai yang mengutuk polis berkaitan dengan kartun tersebut.
Pertama, mereka lupa bahawa setiap hari pasti ada laporan polis menyelesaikan kes-kes jenayah di dalam akhbar. Komen membantai polis seolah-olah lupa akan penat lelah polis selama ini. Pernah anda terjumpa komen dalam laman sosial mengucapkan terima kasih kepada PDRM? Dari pihak pemerintah pun jarang dari yang membangkang pun tiada.
Kedua, AES adalah dalam bidang tanggungjawab JPJ, kan? Apa kena mengena PDRM?
Ketiga, Zunar adalah kartunis politik sebelah pihak. Lagaknya memang begitu, sentiasa akan mengkritik sebelah pihak yang lain dan mengabaikan kesalahan di pihak beliau. Apabila kita faham situasi ini akan lebih faham kenapa sifat karikatur beliau begitu dan kita lebih berhati-hati dalam tindakan kita.
Setuju. Sekarang kita bising pasal saman. Nanti bila terkena batang hidung sendiri, salahkan pemandu bawak laju dan tiada penguatkuasaan pulak.
ReplyDeleteFitrahnya, manusia kalau tak terkena batang hidung sendiri, memang macam tu.
Doc,
ReplyDeleteTerima kasih kerana berlaku adil.
Bagi saya, tak salah mengkritik. Sama ada nak kritik gomen, pembangkang, polis (atau mana-mana badan penguatkuasa), guru, ustaz, pemimpin komuniti, badan NGO, atau siapa-siapa saja, semuanya boleh dikritik. Tapi, perlu berlaku adil.
Apa yang saya nampak, jarang ada yang boleh kritik secara adil. Bila kritik, seolah-olah pihak yang dikritik itu semuanya buruk sahaja. Macam langsung tak ada kebaikan.
Nila setitik, tapi di mata mereka bukan cuma sebelanga susu yang rosak. Seolah-olah semuanya rosak (walaupun susu berlainan belanga).
Saya rasa ini berkaitan dengan kematangan masyarakat. Masyarakat yang tak sensitif pada keselamatan dan kebajikan orang sekeliling. Tak prihatin dan tak sensitif pada perasaan orang lain.
Juga berkaitan dengan ketiadaan nilai moraliti dan etika dalam cara hidup masyarakat.
Saya tak pasti apa kesan positif jangka panjang AES jika pengguna jalan raya (dan masyarakat secara umumnya) terus-terus memegang pada mentaliti reward/punishment.
Bila tiada punishment, semuanya bermaharajalela. Untuk maju kehadapan, kita perlu fikirkan penyelesaian yang bersifat jangka panjang, bukan hanya bersandar pada rasa takut dihukum.
Sebenarnya isu AES ini lebih kepada apa justifikasinya ianya di letakan di kawasan2 60Km/j contohnya...
ReplyDeletesedangkan apa kriteria sesuatu jalan itu ditetapkan 60km/j pun kita tak tau...jalan tegak....lurus...lebar...bukan kaw sekolah/hospital...tapi 70km/j...(jln Labis - Segamat contohnya)...bukan kah itu seolah2 macam polis/jpj sengaja nak cari duit...aku bawak 82km/j pun dah kena saman....
kalau letak kat traffic light...takder sapa pun nak marah...
just my 2 cents...
ada betulnya jugak kartun zunar ni, saya sebagai penjawat awam pun kdg2 ada sesetengah (tidak semua ya) seolah2 bertentangan dgn norma kehidupan kita seharian. tapi Alhamdulillah setakat ni kita tidak lah hidup dalam ketakutan mcm di Syria, Iraq atau mana2 tempat bergolak...saya sebagai penjawat awam berpendapat ada juga tidak betul nya tentang isu AES yang diterangkan oleh Zunar ni...bak kata Doc, ianya tggjwb JPJ bukan Polis Trafik...tak semua polis trafik ni main bantai saja kerja yg diorang buat...tapi kdg2 saya berfikiran mcm bro berteromber jugak, bagaimanakah penentuan sebenar atau justifikasi khusus tentang had kelajuan di jalanraya ni? seolah2 mcm samar2 ajer...ataupun ikut kepala sendir...ermm
ReplyDeleteYang menentukan speed limit biasanya adalah jurutera dalam bidang Traffic Engineering.
ReplyDeleteContohnya apa bila ada selekoh, jika melebihi had laju yang ditetapkan kemungkinan kenderaan akan terbabas keluar dari landasan.
Untuk jalan cantik dan lurus ia berdasar kepada keadaan: kalau melalui kawasan kampung, sekolah dan sebagainya yang mana jalan tersebut menjadi pintasan orang, maka hadlaju dikurangkan dengan kadar sempat untuk kereta brek.
Atau di kawasan angin lintang, hadlaju ditetapkan supaya tiada kereta yang akan terbalik ditiup angin.
Untuk highway, ia bergantung kepada budibicara selalunya dilihat berapa peratus (80-85%) pemandu yang memandu dengan kelajuan maksimum yang ditetapkan.
Saya fikir setakat yang ada, signage hadlaju ikut pemerhatian kejuruteraan yang disebutkan tadi. Yang tiada selalunya adalah kesabaran kita.
Saya tidak fikir dengan kadar kemalangan jiwa yang kita ada di negara ini hadlaju highway 110km/j patut dinaikkan. Melainkan adab memandu kita dua kali ganda dari sekarang maka mungkin boleh kita ikut negara barat yang sampai 130-140km/j. Boleh anda bayangkan betapa kadar kemalangan akan bertambah jika hadlaju ini dinaikkan?
ReplyDeleteini adalah kejuruteraan oleh itu ia melibatkan kiraan dan prinsip teknikal. Pelajar Civil Engineering sarjana muda pasti akan mengambil subjek wajib ini. Sebab itu (rasanya) tak ramai dari kalangan Civil Engineers yang komplen kerana mereka faham.
ReplyDeleteSaya dikirim email oleh beberapa orang yang tidak bersetuju dengan tulisan saya di Komso http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm
ReplyDeleteOk untuk tidak bersetuju. Setiap orang ada hak untuk bersetuju atau tidak, bergantung kepada perspektif masing-masing.
Agree with your post. In fact sistem ni boleh bantu authorities dalam berbagai isu lain cam eksiden ke hapa ke.
ReplyDeleteKatun tu exaggerate melampau with dog unit, unfair to the police.
Kat kelantan yang polis kena tembak kat road blok, sedih sangat. Lance cpl yang bertugas ngan amanah. I wish him speedy recovery.