Tuesday, September 18, 2012

Ulasan: THE CASKET Dead Is Alive

Agak menyenangkan hati apabila scene Sabah mula memancarkan tunas Metal kepada ranting muzik yang arahnya tidak tertumpu kepada teutonic Death Black Metal. Salah satu band tersebut ialah The Casket. Namanya agak asing, tidak pernah terdengar. Lahirnya juga dalam misteri kerana tiada maklumat yang dapat diperolehi bahkan dari facebook band ini. Ada kemungkinan anggotanya dari kelompok band teutonic Sabah juga.

Kecenderungannya kepada scene muzik Death Metal US lewat 90an yang berat dan mengasingkan diri dari pukulan drum blast-beat. Dan jika vokalnya didalamkan sedikit bunyinya, band kult Baphomet dari USA akan pasti menjadi perbandingan.

Beberapa blog tempatan memberi komen yang tidak memberansangkan tentang penggunaan drum programming yang monotonous dan satu dimensi. Dari sudut itu, boleh dipersetujui. Tetapi jika kita mengambil kira semangat band sebegini pada zaman lewat 90an, apa sangat yang boleh diharapkan dengan teknologi drum programming (tak lain dari menggunakan drum pad)?

4 lagu yang ditawarkan dalam CD cetak sendiri ini menggambarkan topik yang ada kaitan dengan filem-filem seram gred B yang sudah dikira outdated zaman ini (melainkan jika anda menonton filem The House Of The Devil). Ya, filem-filem seram yang komikal tetapi tidak begitu komik jika anda menontonnya berseorangan. Sekurang-kurangnya The Casket tahu letaknya band ini sendiri iaitu sekadar menghibur dengan watak pentas dan tidak cuba beria-ia untuk menunjuk lebih dari itu.

Kemunculan MCD ini tidaklah membuka ruang baru dalam kelompok brutal Death Metal yang menyebabkan semua mata dan telinga terpinga-pinga dalam kejutan. Namun ia sekurang-kurangnya memberi sedikit ruang untuk bernafas bagi scene Sabah yang pada suatu ketika kelemasan dalam dimensi yang agak terkekang.


2 comments:

  1. Cd ni edaran Earblast Record rupanya.setakat ni byk band2 sabah tidak mendukacitakan dari segi performance mahupun produksi rilisan mereka,pada pendapat aku la.sebagai contoh spt band Mantak,Crown Ov Horns,Barbalans dgn Hellstorm,diorg sudah kira mcm ada level sendiri dlm scene malaysia umumnya.the casket ini mgkn inginkan perubahan kot,mengambil tema yg serupa mcm Rob Zombie haha apa2pun effort diorg ni memang saya kagumi....

    ReplyDelete
  2. vox band ni jugak mempunyai band lain iaitu mortuary ancestor yg membawa konsep death metal, manakala guitarist band ini jugak merupakan guitarist band hellstorm..

    ReplyDelete