Tuesday, September 11, 2012

Ulasan: BOSTON s/t CD


BOSTON selain dari nama sebuah negeri di USA, ia merupakan nama sebuah band hard rock yang popular di pertengahan 70an dahulu. Tidak menghairankan juga band ini dari negeri yang sama. Apa lagi nama negeri yang dijadikan nama band? Kansas, New York Dolls dan lain-lain. Bagaimana pula dengan band Malaysia? Perak? Pahang?

Album ini adalah album pertama yang terjual lebih 17 juta unit sejak dirilis pada tahun 1976, lantas meletakkan album ini antara album terlaris yang dijual di USA. Adakah ini disebabkan nama band yang patriotik? Ada kemungkinan. Tetapi yang paling sahih adalah album ini album hard rock yang sangat baik. Sekali dengar dengan lagu pertamanya, More Than A Feeling, sudah pasti terus jatuh cinta.

Lebih dari itu, album ini membawa trivia yang lebih menarik. Kualiti album ini sangat mengkagumkan tetapi pasti anda tidak akan percaya bahawa ia dirakam di dalam garaj pemain gitarnya, Tom Scholz. Mungkin untuk zaman ini, tidak ada apa-apa tetapi kita bercakap pada tahun 1976!

Sebenarnya ia banyak berkait dengan Tom sendiri yang merupakan seorang graduan MIT. Menggunakan kepakaran beliau dari MIT serta kerja beliau sebagai product designer Polaroid, maka terhasillah produksi album yang berkualiti ini  setanding dengan studio rakaman terkemuka di dunia walaupun dihasilkan di dalam garaj beliau saja.

Bukan setakat itu saja, beliau mengembangkan minat dan kepakaran beliau untuk menghasilkan amplifier Rockman. Yang menarik tentang Rockman ialah saiznya yang kecil, sebelum ia menjadi trend sekarang ini.

Tom Scholz memang genius! Tetapi stage presence beliau hampir 0. Tom adalah nerd rocker.

Trivia di atas memang menarik tetapi ia tidak menenggelamkan kehebatan album ini. Selain dari produksi yang berkualiti, terlebih penting ialah komposisi lagu yang melodik dan tangkap telinga. Banyak terima kasih kepada vokalisnya, Brad Delp yang mempunyai nada dan pitch yang tinggi tetapi tidak menyakitkan jiwa yang agak kurang pada ketika itu mungkin.

BOSTON juga menampilkan susunan bunyi gitar melodi bertindih-tindih yang hanya dapat disaingi oleh kumpulan QUEEN pada ketika itu. Bak kata liner notes di dalam CD ini, dengarkan album ini!



yang paling nerd dalam video ini, dialah Tom.

3 comments:

  1. Walaupun nerd rocker tp tetap legend tuh...

    ReplyDelete
  2. lagu ni memang layan....err.. band Perak dan Pahang? kalau Bota atau Parit sesuai tak....heheheh

    ReplyDelete
  3. ..time nih aku darjah 6..antara band yg popular ketika itu..

    ReplyDelete