Thursday, September 27, 2012

Ulasan: AC/DC Dirty Deeds Done Dirt Cheap CD


Dengan jualan global sebanyak 6 juta unit, album ketiga AC/DC ini letaknya di tangga ketiga dalam tangga kelarisan selepas Highway to Hell dan Back In Black. Dan setelah lagu Back In Black, lagu Dirty Deeds Done Dirt Cheap adalah antara lagu AC/DC paling popular. Saya jamin anda akan menghentak tapak kaki (dalam sedar atau tidak) apabila mendengar lagu ini.

Kulit album ini agak pelik untuk dikaitkan dengan tajuk album. Ikut kata Angus Young sendiri, tajuk Dirty Deeds Done Dirt Cheap ini datangnya dari kartun Beany and Cecil. Mungkin yang dimaksudkan dengan orang yang ditutup mata itu adalah pelanggan si pembunuh upahan yang diceritakan di dalam lagu tersebut.

Seperti mana-mana album AC/DC, bunyinya untuk telinga yang kurang arif, sama saja. Tetapi bagi telinga terlatih, pasti akan memaklumi keunikan lagu Big Balls, Problem Child, Rocker dan Squeler; selain dari lagu tajuk album. Juga yang menarik lagu Ride On yang merupakan satu-satunya lagu balada AC/DC. Sila ambil perhatian lirik double entendre Big Balls yang kelakar itu.

Ini bukanlah album ultimatum AC/DC ketika bersama mendiang Bon Scott tetapi untuk mendengar variasi suara beliau yang lebih bluesy dari rock seperti dalam album Highway To Hell, ini sudah pasti menjadi album reference kerana dua album sebelum ini produksinya agak kureng.


4 comments:

  1. sedang cuba melatih telinga...heheh..

    ReplyDelete
  2. ntah, aku lebih suka zmn brian johnson...

    mungkin bon scott bkn zmn aku kot? sama mcm kes paul dianno

    ReplyDelete
  3. Paul diAnno senasib dgn Bon Scott...vokalis yg sering dilupakan...sedih

    ReplyDelete
  4. alrite ni album.
    Problem child pun ada, ride on pun.
    Ride On berhantu la

    ReplyDelete