Tuesday, September 04, 2012
Gig: KL THRASHED Annex Gallery, Central Market KL (2 Sept 2012)
This is a speed review. No editing. Short of time.
Sampai hampir 7pm dengan jangkaan gig start lewat. Ternyata salah. Gig start on time. Ini adalah generasi baru organizer yang belajar dari pengalaman dari Jepun. Akibatnya saya tertinggal dengan band yang nak ditengok iaitu Central Disposal dan Catarrh.
Band 4 terakhir semua sama stail. Kalau tak thrash German pasti Brazil. Oleh itu kami disajikan dengan pakaian berspike, conteng muka calit-calit sikit dan lambang salib terbalik. Saya dah muak dengan semua ini. Dah le band black metal sepesen macam tu, ni band thrash pun sama. Aiyaaa. Saya mahu menonton thrash metal seangkatan Metallica, Megadeth, Anthrax, Testament etc yang sebenarnya rare breed kat kawasan sekitar kita ini.
Paling sakai sebuah band dari Singapore dengan jeritan nak kongkek pompuan kat gig ni. Nada memang gurau tapi WTF??? Mungkin dia belum berkahwin, takde anak perempuan, takde adik pempuan/kakak etc. Ada la jugak gadis-gadis dan wanita-wanita yang menonton, perasaan mereka saya tak pasti. Tapi yang tukang sahut ada la 2-3 orang. Nyata band tersebut syok sendiri.
Band Thailand pun ada yang main. Main bagus tapi not that I've not seen before. Seperti kata saya, muak dengan spikes, salib terbalik etc. Overdone. Too much.
Dan brader-brader tonggang arak tu, please la. Orang nak enjoy, tak jadi nak enjoy. Kalau terpecik kan dah payah. Nak solat pun payah. Bau lagi. Kot takde yang tonggang tu, mungkin ramai lagi yang boleh sekali enjoy banging depan stage. Saya cadangkan, anda tonggang dulu sampai habis sampai weng lepas tu baru le masuk venue. Nak tertonggeng apa lepas tu pun tak kisah. Tapi nak tayang depan orang ramai yang anda penonggang yang hebat, tak payah le. Takde yang heran. Menyampah dengan benci ada.
Penyudahnya, saya melepak di luar saja. Ramai juga yang lepak luar. Samada mereka sama perasaan dengan saya (overcooked and overdone) atau dalam venue panas (aircond tak cukup capacity).
Organizer yang peramah saya salute. Tahun depan mau Metallica Megadeth pulak la woi.
haha. mmg skang ni kalo sebut je thrash underground kat malaysia mmg ala ala teutonic atau south america. style american thrash (bay area) kurrang or tadak langsung yg nak bawak.hmmm.ni yg teringin nak buat band thrash style Heathen (victim of deception) or metallica (and justice for all).haha
ReplyDeleteReview jujur nih...apa yang dikatakan oleh dr. Ben adalah benar belaka....apapun thumb up pada gig nih... on time... terlepas 1 band awal... ingat macam selalu..lewat sejam dua...
ReplyDeleteada band Inside dr Sabah tu!band ni hampir2 mcm Nunslaughter jugak la...saya setuju dgn bro ben,saya dah jemu dgn audience yg mabuk2 masa gig,tp selaku org yg selalu organize gig di tempat saya ni,alcohol n drugs mmg takkan lari dr event gig...apa yg kita mampu buat cuma kawal diorg ajer...kena ada byk bouncer...kalo boleh upah Rela biar nampak formal ckit
ReplyDeleteSaya suka komen penuh jujur. Time gig tu saya tersangkut kat Nebula, cambel plk.
ReplyDeletehaha bro..
ReplyDeletei think kalu SCUM main...semua band mesti packing dan balik rumah...
terima kasih kerana hadir..:)
ReplyDeleteTu yg buat maleh nak ke gig kdg2 tu sam. Nothing that u haven't seen before. Tapi ada yg kabo tak support local event pulak. Nnk wat camne. Its just static nowadays.
ReplyDeleteTu yg buat maleh nak ke gig kdg2 tu sam. Nothing that u haven't seen before. Tapi ada yg kabo tak support local event pulak. Nnk wat camne. Its just static nowadays.
ReplyDeletealamak bro....kami (CATARRH) ade cover lagu metallica (motorbreath) ngan sepultura (slaves of pain & scream behind the shadows)...tp x dapat tgok la yek....huhu...yg plg best gig ni, start awal (dphmkan 2pm sah start)....salute to organiser....payah nak cari gig yg start awal ni....ape2 pon...thanx bro coz nak tengok CATARRH....
ReplyDeletePriceless, like
ReplyDelete