Monday, August 27, 2012
Ulasan: PUTREFIED REMAINS Eerie Spread The Hate
PUTREFIED REMAINS adalah sebuah band baru berasal dari Kampung Gajah, Perak tetapi dianggotai sebenarnya oleh otai-otai scene Metal tempatan. Yang menarik sedikit tentang otai-otai ini ialah sebahagian mereka tidak pernah terlibat dengan band (atau band yang tidak pernah diketahui wujudnya sebelum ini). Ini mungkin memberi sedikit variasi kerana idea mereka tidak direalisasikan. Namun begitu ini bukanlah santapan kepada mereka yang mahu mendengar breakthrough dalam muzik Black/Death Metal kerana awal-awal lagi mereka menyatakan bahawa ini adalah homage kepada band seangkatan dari Greece terutamanya Rotting Christ, Thou Art Lord dan Varathron pada zaman awalnya. Memang muzik sebegini pernah melanda negara (yang sudah lama reda) tetapi ini adalah sedikit update dari zaman tersebut dengan sistem rakaman digital yang lebih baik yang menghasilkan produksi yang lebih baik walaupun kesemuanya dilakukan di dalam sebuah bilik sunyi jauh ke dalam Kampung Gajah. Apa yang anda pernah cinta dan rindu tentang ketiga-tiga band Greece tersebut dinatijahkan di dalam EP ini. Ianya seolah-olah lagu-lagu terakam berbelas tahun dahulu yang dijumpai kembali oleh Sakis di dalam stor beliau. Walaupun ini adalah sekadar penghormatan kepada 3 band tersebut tanpa membawa apa-apa pembaharuan, ini tidak bermakna ia perlu disisihkan hatta mana tahu di zaman pembaharuan-bermakna-retro ini, Putrefied Remains mungkin dapat pergi lebih jauh dari sekadar EP ini sahaja. Jika ada yang tidak puas dengan 3 lagu dalam EP ini, bahkan sudah diwar-warkan album penuh sudah dalam proses rakaman untuk rilisan pada awal tahun 2013.
layan gak lagu diorang...cubaan yang terbaik..
ReplyDeletejelmaan rotting christ versi malaya ker ni?
ReplyDeleteAdi... check kat youtube...diorang ada upload
ReplyDelete