Wednesday, August 01, 2012
Ulasan: ALIAS s/t CD
Nama ALIAS mungkin agak janggal bagi kita, tetapi jika diberi dengar lagu More Than Words Can Say, pasti anda akan berkata, seperti pernah ku dengar ye. Memang pun, lagu tersebut memang suatu ketika dulu (bahkan sekarang dalam radio klasik rock) selalu berkumandang. Bahkan lagu ini telah dianugerahkan "Million-air award" oleh BMI, kerana dimainkan lebih dari sejuta kali di radio. Hebat tak hebat tu.
Malangnya nasib ALIAS tidak dapat diselamatkan dengan satu lagu tersebut. Mereka berkubur selepas album ini (yang juga merupakan album pertama mereka - album kedua dirilis pada tahun 2009, 19 tahun selepas album ini). Tahun album ini dirilis, senario muzik sudah berkalih dari Hard Rock dan AOR kepada muzik yang lebih selekeh (grunge).
Namun jika disusuri keseluruhan album ini, kita akan mendapati bahawa lagu-lagu yang lainnya tidaklah menyebabkan kita merasa bosan dengan cepatnya. Cuma kita perlu tune sikit kepala kita kepada tune AOR - juga mengelak apabila fikiran kita mengecam gaya lagu-lagunya yang mirip Bon Jovi pada satu dua tempat.
Untuk mereka yang menjadi hantu zaman ini (awek rambut mengerbang dan gincu berminyak) sudah tentu mahu terjun kembali, walaupun sekadar mengusik memori. Yang pasti lagu More Than Words Can Say akan dimainkan berulang-kali sehingga lunyai gegendang telinga.
ni dah kira mcm one hit wonder jugak la
ReplyDeletekalau dengar Alias....patut jugak dengar Sheriff...band asal Freddy Curci dan Steve DeMarchi...ni 2 band hard rock/AOR yang sangat underated...
ReplyDelete