Friday, August 24, 2012

Tazkirah Ramadan terbaik


Saya bukanlah peminat sangat tazkirah Ramadan. Komplen saya ialah biasanya tazkirah ramadan dibuat antara tarawih atau sebelum witir. Ia mengganggu mereka yang mahu menyelesaikan solat bersama imam (ada fadhilatnya) - lambat. Keduanya, most of the time, tazkirahnya banyak cerita lawak dari meningkatkan iman.

Jangan salah sangka, banyak kebaikan juga tazkirah ni terutama pada mereka yang jahil yang datang beribadat di masjid/surau hanya pada bulan Ramadan. Luar Ramadan, memang tak jumpa punya di masjid/surau. Namun malam Ramadan patut dipenuhkan dengan solat, bacaan al-Quran dan doa (pendapat saya). Mencari ilmu ada 11 bulan lain.

Tetapi tazkirah yang dibuat di Masjid Daerah Perak Tengah di Seri Iskandar lain pula. Saya diberitahu, antara 4 imam dilantik di situ, hanya seorang (gambar atas) yang membuat tazkirah iaitu selepas selesai witir. Tak ganggu mereka yang datang yang objektifnya hanya untuk solat bersama imam. Rasa tak free, boleh balik je. Saya join untuk ambil manfaat malam tu.

Topiknya pun bagus. Imam menegur tentang cara solat yang salah di kalangan makmum. Antaranya, melakukan sesuatu mendahului imam contohnya apabila menyebut Amin, ada makmum yang membuka mulut dahulu sebelum imam menyebutnya. Sebutan Amin pun selalu salah. Sepatutnya Aaa dua harkat dan Min empat harkat sedangkan amalan umum terbalik yang salah.

Yang keduanya, bersedekap ketika qiam dengan kecenderungan siku ke belah kiri (rusuk). Beliau kata, dia tak tak tahu kenapa dan dari mana asal ini dalam masyarakat Melayu. Pelik katanya. Banyak-banyak cara sedekap yang berdalil, cara yang tak berdalili ini juga yang dipilih oleh orang Melayu.

Akhir sekali, beliau berkata, jangan risau dengan pelbagai bentuk dan gerakan Islam yang ada sekarang dengan pelbagai nama. Label itu tidak penting. Yang penting adalah, selagi mereka ini berdalilkan atas al- Quran dan Sunnah, tiada masalah mengikutnya. Pada saya ini adalah statement terbaik!

Tazkirah sebegini yang sepatutnya dibuat. Tegur makmum yang salah kerana memang pada banyak ketika makmum perlu ditegur dengan "tamparan" di muka sekali sekala.

Juga tazkirah yang tidak mengganggu hajat makmum yang pelbagai, yang datang pada tarawih dan witir Ramadan.


4 comments:

  1. oh sy risau dan berhati2 dgn gerakan yg kononnya Islam (islamic..) dan kononnya berdalilkan al-Quran dan Sunnah.. ;)

    ReplyDelete
  2. salam aidilfitri bro..
    tazkirah sebegini perlu dalam diri kita, sebab kita manusia, sentiasa lupa..

    ReplyDelete
  3. susah nak jumpa tazkirah macam ni....terbaik

    ReplyDelete
  4. Setuju, terutamanya bab makmum suka sebut AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAMINN

    ReplyDelete