Galakan dari Menteri DI SINI.
Di kebanyakan universiti, mereka menggunakan sistem e-learning untuk membantu sistem pembelajaran. Biasanya e-learning digunakan untuk membuat pengumuman, meletakkan file untuk didownload oleh pelajar dan sebagainya.
Sejak Datuk Seri Khaled memberi galakan menggunakan facebook, saya terus meninggalkan e-learning. Hasilnya sangat positif. Antaranya:
1. Penyertaan pelajar dalam diskusi bertambah berkali-kali ganda.
2. Setup yang mudah berbanding dengan e-learning.
3. Tiada masalah downtime.
4. Pelajar lebih masa mengadap facebook jadi mudah untuk mendapatkan perhatian mereka dari e-learning.
Cuma mungkin ada beberapa options dalam facebook yang belum dapat dibuat seperti online quiz, survey dan sebagainya. Kalau facebook bijak, mereka akan ambil idea ini dan bikin satu app khas untuk interaksi pelajar-pengajar seperti e-learning. Mungkin juga ada apps developer yang membaca nukilan ini sanggup menyahut cabaran ini?
Lagi satu masalah ialah kemungkinan facebook tidak dibenar dilayar ketika waktu pejabat. Maknanya, idea Menteri dan tindakan universiti itu tidak selari.
takut facebook digunakan untuk main game bila office hour...
ReplyDeleteMungkin Dr. Ben boleh ulas sedikit dari aspek Islam, berkenaan dengan adab dan akhlak antara guru dan murid. Adakah FB dapat mengekalkan adab dan akhlak ini? (ilmiahnya ayat aku)
ReplyDeleteSetuju dengan saranan Menteri. Kita tak dapat nafikan perubahan cara komunikasi melalui maya lebih meluas dan berpengaruh sekarang.
ReplyDeleteSaya tertunggu aplikasi dalam FB yang boleh buat jamming online. Serius.
Cuma ISP aja kadang beri masalah.
Sekadar pendapat ikhlas, bila sesuatu inisiatif itu mendapat sokongan ramai, insyAllah tak lama ada la app tertentu untuk tujuan tersebut. InsyAllah!
ReplyDeleteThanks for dropping by bro :)
facebook tidak dibenar dilayar pada waktu pejabat...
ReplyDeleteThat is so true boss! Haha