Tuesday, June 26, 2012
Strong wall
Ini adalah strong wall di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, UTHM.
Strong wall adalah satu binaan konkrit yang dikukuhkan. Kekuataannya melebihi kekuatan konkrit biasa. Tujuannya adalah untuk menerima tekanan dan daya yang kuat dalam ujikaji yang melibatkan struktur konkrit ataupun keluli.
Di dalam kebanyakan makmal struktur dan bahan di IPTA/IPTS, kebiasaannya ia dilengkapkan dengan strong floor maknya, untuk bahagian papak sahaja.
Strong wall yang baru dibina di UTHM ini adalah satu struktur yang rare. Setakat yang saya tahu, ada di UKM tetapi saiz yang lebih kecil juga di CREAM, CIDB.
Bagi kaki-penyelidik struktur dan bahan, ini adalah perkembangan yang melelehkan air liur. Terlalu banyak kemungkinan yang boleh digunakan untuk penyelidikan.
Saya bersama Prof Madya Dr Nasir Shafiq dan rakan-rakan dari UTM (Dr. Airil Yasreen dan Dr Norhisham Bakhary), UTHM (Prof Madya Dr Irwan Juki) dan Lehigh University (Prof Dr Stephen Pessiki) sedang merancang sesuatu.
Mesyuarat pun telah diadakan dua kali.
Tunggu.
bangga plak ngan U wa kini
ReplyDelete