Gambar cilok - sori malas nak tangkap sendiri.
Carburetor Dung tidak perlu diperkenalkan lagi. Kalaupun anda tidak pernah mendengar lagu-lagu mereka (atau sekadar mendengar sekali dua), paling kurang pasti pernah mendengar nama band ini. Itupun jika anda pengekor scene underground Malaysia.
Wallahua'lam saya tidak tahu rilisan keberapa album ini. Promosi di facebook berjaya menarik perhatian saya cuma agak malas mahu membeli secara online. Untung pada show D.R.I. minggu lepas warga Carburetor Dung turun membuka booth jualan. Tanpa banyak cerita, RM25 bertukar menjadi pakej CD ini.
Ya, pakej ini mengandungi CD, poster cun (saya akan tampalkan di dalam ofis esok atau lusa), patch (saya tiada tempat untuk di'patch'kan) dan pelekat (sudah dilekatkan di notebook yang sedang saya gunakan untuk mengulas album ini). Pakej ini saja sudah cukup berbaloi andaikata album ini tidak saya suka. Itu bukan kesnya untuk saya. This album RULES!
Nasib saya baik, mereka memainkan muzik punk keras yang teratur bukan seperti sesetengah band lain yang kurang masuk ke hati cara permainan muzik mereka. Saya ada masalah besar untuk mendegar permainan muzik yang berterabur. Untuk itu saya sudah memutarkan CD ini sebanyak 5 kali setakat ini. Juga terima kasih dengan lagu-lagu yang pendek (ada ke lagu punk yang panjang-panjang?).
Vokalisnya bertenaga. Saya kira umurnya agak berumur tetapi lagaknya seperti remaja baru lepas SPM. Rumah kata kau pergi, kubur kata mari mari - adalah lawan kepada sifat si vokalis, mungkin.
Riff gitarnya bermelodi dengan struktur 3-chords yang selalunya dilebih-lebihkan kepada 2-3 seksyen. Sekali-sekala dihias dengan gitar solo yang bluesy. Jika rentaknya perlahan, maka diperlahakan pogo dan moshnya. Jika rentaknya laju, gandakan pula kelajuan pogo itu.
Yang menarik, hampir keseluruhan lagunya dinyanyikan dalam bahasa Melayu. Jadi anda pasti akan faham apa yang dimakikan di dalam album ini. Jika anda dari golongan penyokong kerajaan, pasti bingit telinga tetapi jika anda menolak keburukan (tidak kira penyokong atau pembangkang), tiada masalah rasanya.
Dalam marah ada tenangnya, tak begitu?
1st! haha salam abg ben...saya pun dah dapatkan album ni, memang berbaloi sebab disertakan dgn poster, patch kain dan sticker...lagu2 pun mantap...saya akan buat review album ni tak lama lagi...nanatikan hahaha
ReplyDeleteaku penyokong kerajaan tapi aku suka ngan band ni!!!!
ReplyDelete