Tuesday, May 15, 2012

Apabila orang agama bergaduh

Artikel ini adalah dirujuk.

Points to ponder;

1. Walaupun Dr Yusuf Qardawi setuju dengan demonstrasi di tanah Arab, ramai juga ulama yang membantahnya. Pendapat Dr Yusuf bukanlah satu-satunya pandangan yang ada terutama ulama dari Arab Saudi.

2. Jika Mufti (orang agama) dilarang masuk politik bagaimana dengan PAS (yang juga ada orang agama)? Adakah agama mendahului parti, atau parti mendahului agama? Maksudnya begini, kalau A (orang agama) mahu berpolitik, kena jadi ahli parti dahulu. Jika tidak, jangan masuk campur. Atau mesej subliminal - agama dan politik mesti dipisahkan?


3. Larangan menggunakan nama Islam pada parti politik. Mungkin juga baik kalau ada satu lagi parti Islam ditubuhkan contoh, Parti Islam Untuk Semua, untuk lihat betul-betul bagaimana kesannya kepada suasana politik negara. Setakat ini UMNO tidak menggunakan nama Islam walaupun majoritinya orang Islam. Agak susah nak compare apple to apple dalam keadaan begini.

p/s: Saya komen di blog agar komen ini tak ganggu wall anda di facebook hahaha..

13 comments:

  1. errr....nak jadi calon pilihan raya ke? macam kasi hint aje...heheheh

    ReplyDelete
  2. Parti Islam Untuk Semua = PAUS

    ReplyDelete
  3. Bubar Sajalah Majlis Fatwa.. Bagi Tok Guru Nik Aziz/ Dato Seri Anwar Jadi Mufti ;)

    ReplyDelete
  4. “I’d like to say that the mufti does not need to participate in politics if he is opposed to PAS,” he said.

    In other words: "If you're not with us, STFU". LOL.

    ReplyDelete
  5. Perbezaan pendapat di antara golongan ilmuan islam berlaku sejak dahulu lagi. Buku Al-iktidaal karangan maulana zakariya sgt bagus utk dibaca memandangkan ape yg berlaku dlm situasi politik skrg. Dr ben, kalau nak baca saya boleh tolong poskan. Recomended book.

    ReplyDelete
  6. dari dulu lagi NA dah bengang ngan HZ lepas peristiwa PRU 12 kat Perak ni..

    wallahua'lam la..tak tau nak kata camne..

    ReplyDelete
  7. Aku tak pandai komen....tapi suka komen dari blogger ni...http://muhammadshahrulifwat.blogspot.com/2012/05/fatwa-yang-senget.html

    ReplyDelete
  8. Qaradawi mengharuskan muzik...... Ulama2 Haramain mengharamkan total muzik...camna plak nih?

    ReplyDelete
  9. pointnya harussani duk belah kerajaan, nik aziz duk kat belah pembangkang.

    sapa rasa kerajaan betui, harussanilah betui. sapa rasa nik aziz betui, pembangkanglah betui.

    dann sebab wadah kerajaan & pembangkang itu adalah politik itu sendiri, harussani nak duk tang mana pun tak tau...susah nak mikir

    ReplyDelete
  10. 1. Walaupun Dr Yusuf Qardawi setuju dengan demonstrasi di tanah Arab, tetapi apakah situasi di sana sama dgn di M'sia? Tak sama. Fatwa dikeluarkan dgn juga mengambilkira suasana.

    2.Hakikatnya, mereka yg mengatakan agama tidak boleh dipisahkan drp politik memisahkan kedua2nya di dalam berpolitik.

    3. Saya rasa tak perlu menggunakan nama Islam, kerana akan memburukkan keindahan citra Islam itu sendiri seperti yg dilakukan oleh PAS dlm tindakan2nya belakangan. Sebaliknya dinamakan dgn Parti Muslimin Malaysia.

    ReplyDelete
  11. setuju dengan saudara Alfindani..

    pis = pelacur agama

    ReplyDelete
  12. Semua usul politik mesti kait dengan agama. Yang lebih mustahak tak pulak diketengahkan dengan agama. Nampak semacam kita makin tandus agama, walaupun zahirnya tidak.

    ReplyDelete
  13. Kalau mcm tu cuba kita tgk pandangan orang yang neutral contoh Dr. MAZA...apa dia ckp tentang demonstrasi..... satu lagi bila demonstrasi di scapegoatkan sebagai sesuatu yang mengacau, merosakkan negara, negatif, pengkhianat negara, etc etc tidakkah anda 80% dari follower blog ini termasuklah blogger ini sendiri seperti hipokrit...kerana dalam isu Black Metal yang discapegoatkan begitu teruk....melarat kepada anda yang mengatakan negatif kepada demonstrasi...adilkah dan layakkah anda melenting bila orang ckp muzik metal n underground nih sebagai negatif..???

    ReplyDelete