Monday, April 23, 2012

Ulasan: RISING POWER Power To The People CD


Tarikan utama CD ini adalah kerana ini adalah album pertama Mike Portnoy, pengasas dan drummer Dream Theater yang telah "ditendang" keluar oleh Dream Theater.Umurnya ketika rilisnya album ini ialah 16 tahun (1984). Hatta, muka beliau pun hampir tidak dapat dikenali jika tidak beliau adalah "budak" yang paling muda dalam foto album CD ini.

Diceritakan bahawa gitaris/vokal, Peter Best terdengar hentakan drum tidak jauh dari blok tempat tinggal beliau di Long Island, New York. Makin lama, makin elok dengarnya - ada kemajuan. Perasaan ingin tahu bergolak dan beliau pun buat ziarah mengejut. Lagi terkejut apabila didapati drummer tersebut adalah budak berusia 16 tahun. Selepas sembang lebih kurang dan mendapati mereka mempunya minat yang sama, beliau pun angkut gitar dan amp beliau ke bilik Mike yang akhirnya tercetus cinta pandang pertama untuk berkolaborasi. Praktis dan praktis dan akhirnya rilislah album ini.

Sambutan pun boleh tahan. Mereka menjadi antara band berpengaruh di New York antara lain disebabkan persembahan live mereka yang bertenaga.

Beliau bersama band ini tidak lama kerana setahun selepasnya, beliau mengambil keputusan untuk sambung belajar ke Berklee School of Music yang mana akhirnya beliau bertemu dengan John Petrucci dan John Myung yang berkesudahan dengan tertubuhnya Dream Theater (dan mereka tidak habis belajar pun).

Berbeza dengan Dream Theater, Rising Power lebih straight forward dalam pendekatannya. Muziknya adalah gabungan rock n roll yang dimetalkan, yang dapat saya bandingkan, mungkin album Manowar - Battle Hymn. Namun pengaruh hard rock kentalnya 80an memang tidak dapat dinafikan tetapi lebih cenderung kepada aliran dari tanah seberang - NWOBHM seperti Saxon, Iron Maiden dan Def Leppard dan dalam beberapa bahagian pengaruh KISS tidak dapat dinafikan juga.

Berdasarkan kepada tajuk liriknya sudah kita ketahui ini adalah standard lirik band Heavy Metal ketika itu. Kecenderungan Rising Power lebih kepada tajuk-tajuk maskulin, hebat dan ego. Maknanya, ini bukan band glam rock. Dan mesejnya mungkin tiada selain dari menghabiskan masa muda dengan fantasi budak baru akil baligh. Enterntainment to day max, kata orang.

Jika anda mengharapkan serpihan dari pengaruh Dream Theater yang mungkin terserlah kerana adanya Mike Portnoy di dalam Rising Power, maka tiada harapan sebenarnya. Kesemua lagu dalam album ini adalah ciptaan Peter Best yang menenggelamkan apa-apa kecenderungan Mike. Namun ini adalah cebisan sejarah yang sangat berharga kepada peminat Dream Theater, terutamanya Mike Portnoy.

2 comments: