Thursday, March 22, 2012
Ulasan: BATHORY Destroyer of Worlds (2001)
Album ini agak mengelirukan. Pada umumnya, ini adalah album yang sepatutnya membawa kembali Bathory kepada aliran Viking Metal tetapi pada beberapa buah lagu ada juga lagu retro-Thrash seperti dalam album Octagon dan Requiem. Sangkaan yang mungkin betul ialah pada masa album ini, Bathory masih mempunyai beberapa buah lagu lebihan dari album-album retro-Thrash dan pada masa yang sama sudah mula menulis lagu-lagu berunsur Viking. Pada masa yang sama, syarikat rekod, Black Mark Production sudah tidak sabar untuk menunggu lagi untuk album baru dirilis. Faktanya ialah album terakhir, "Blood On Ice" dirakam pada tahun 1996 - sudah cukup membuatkan BMR pening kepala. Jika atas alasan kecamukan album ini menyebabkan kita menjauhkan diri dari memiliki album ini, maka anda berada dalam kerugian kerana samada lagu Viking atau retro-Thrash yang disuakan, ianya masih berkualiti (sekurang-kurangnya lebih sikit dari album Octagon). Vokal Quorthon pun lebih kemas - lenggoknya lebih teratur - seolah-olah membiarkan pendengar membuat penghakiman baru terhadap versatility beliau menyanyikan melodi Viking dan juga retro-Thrash.
No comments:
Post a Comment