Wednesday, March 14, 2012

Negeri Fikiran

"Negeri Fikiran" adalah terjemah 1-to-1 kepada state of mind. Makna salah.

Aktiviti berblogging nampak agak perlahan kerana state-of-mind yang penuh dengan masalah yang perlu diselesaikan dan idea yang perlu diterjemahkan kepada tindakan. Ruang berblogging di dalam kepala tertutup.

Kelmarin saya memandu kereta kembali dari mesyuarat di KLCC untuk berbincang mengenai research dan consultancy; bersama dengan dua orang pelajar MSc di bawah pengawasan saya. Mesyuarat tersebut menyelesaikan beberapa persoalan tetapi menimbulkan beberapa persoalan yang lain. Persoalan yang mungkin lebih besar dari sebelumnya.

Ini menyebabkan kami sentiasa berada di dalam persoalan sejak memulakan kerja ini. Dua pelajar tersebut risau.

Saya katakan memang layak risau kerana kita menjalankan kerja research dan consultancy. Ada risau mengenainya bermakna anda tidak perlu risau. Jika tiada risau tentangnya, baru anda kena risau. Harap anda faham apa yang cuba saya nyatakan tentang risau ini.

Tetapi tidak perlu terlampau risau walaupun saya pernah mengalaminya. Pernah menangis dan pernah diserang panic attack kerana tidak dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan research. Mereka berdua ketawa - kata mereka, belum sampai tahap itu lagi. Baru sipi-sipi.

(Selayaknya kita juga patut menangis dan diserang panic attack - jika mengenangkan keadaan akhirat kita)

Yang mungkin menjamin selesai untuk mendapatkan MSc ataupun PhD adalah sheer determination. Persistence. Perseverance. Inilah yang patut ada dalam ruang lingkup state-of-mind kita semua tidak kira apa bidang sekalipun.


2 comments:

  1. risau ni kadang2 boleh jadi baja kepada benih usaha kita..

    ReplyDelete
  2. ..Huhh panic attack..baru2 ni aku kena lagikk!!!

    ReplyDelete