Thursday, March 01, 2012

Jepun mahu bina lif ke angkasa (Space Elevator)

Can someone please explain this to me? I cannot grasp it.

TOKYO - Sebuah firma pembinaan Jepun mendakwa semalam ia mampu melaksanakan rancangan luar biasa untuk meletakkan pelancong di angkasa lepas dalam tempoh 40 tahun dengan membina sebuah lif setinggi 96,000 kilometer (km) atau suku jarak Bumi ke bulan.

Firma Obayashi Corp mendakwa lif itu boleh dibina dengan menggunakan teknologi karbon nanotube yang lebih 20 kali ganda lebih kuat daripada besi.

Menurut firma berkenaan, lif itu dapat membawa sehingga 30 penumpang pada sesuatu masa dan bergerak pada kelajuan 200 kilometer sejam selama seminggu sebelum berhenti di sebuah stesen pada jarak 36,000km.

Ketua projek itu, Satomi Katsuyama berkata, pelancong akan tinggal di stesen berkenaan manakala kumpulan penyelidik dan pakar akan meneruskan perjalanan.

"Manusia sejak dahulu lagi kagum dengan menara tinggi. Kami akan membina lif ini dari angkasa lepas dan bukan Bumi," katanya.

Walaupun Katsuyama yakin pelan tersebut akan berjaya, beliau belum menetapkan anggaran kos, lokasi dan pembiaya bagi membina struktur berkenaan.

Firma itu membina bangunan tertinggi di Jepun, Tokyo Sky Tree, yang setinggi 634 meter.

Antara penglibatan syarikat itu dalam pembinaan bangunan ialah Dubai Metro di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Studio Universal Osaka, Jepun dan Stadium Australia yang digunakan untuk Sukan Olimpik Sydney. - AFP

SOURCE
FURTHER READ
www.obayashi.co.jp/english/
en.wikipedia.org/wiki/Obayashi_Corporation

8 comments:

  1. space elevator?
    why?
    why not?

    ReplyDelete
  2. still lama jugak seminggu tu dengan kelajuan 200km/h, kalah dengan kapal angkasa star trek :D

    ReplyDelete
  3. Hmmm...macam cerita The Jaunt karya Stephen King di mana saintis berjaya mencipta suatu kaedah teleportation ke planet Marikh. Cuma bezanya ia adalah lif dan bukan teleportation yang aku sangsi akan berjaya dilakukan.

    ReplyDelete
  4. Macam cerita gundam lak. Haha. Space elevator, tak mustahil. Dulu orang kata besi tak boleh terbang, sekarang dah boleh. Dulu orang kata besi tenggelam dalam air, tapi sekarang dah terapung :)

    ReplyDelete
  5. yakin berjaya tu yang macam tak bleh blah..walaupun jepun antara negara berteknologi tinggi, bencana alam pun diorang tak dapat nak atasi lagi dah bercita cita tinggi mengangkasa..hehehe

    ReplyDelete
  6. emm.... sesuatu yang pelik akan tak pelik di masa hadapan....

    ReplyDelete
  7. Hotak dia. Sape nak pegang kat atas tu? Ultraman? Satu lagi dia ingat kat space tu kosong je ker? Brapa banyak meteor dok kat space. Sekali kene langgar, mati bodoh jer.Dan apabila runtuh,brapa banyak negera akan kene hempap?

    ReplyDelete