Thursday, February 02, 2012
Ulasan: BATHORY Blood on Ice (1996)
Peminat Bathory melonjak kegembiraan dengan album ini, yang kembali kepada unsur Viking seperti album Hammerheart dan Twilight of the Gods. Tetapi nanti dulu. Rupa-rupanya secara kronologi, album ini bukanlah mengikut turutan sebenarnya. Ia adalah album yang telah dirakam terlebih dahulu pada tahun 1989. Quorthon tidak mahu merilis album ini pada waktu itu kerana khuatir peminat Bathory tidak dapat menerima perubahan ini selepas album Blood Fire Death. Ah, mana mungkin. Ini adalah album epik! Ianya adalah sebuah album konsep yang mempunyai plot yang mantap berkisar tentang balas dendam seorang Viking. Muziknya pula adalah campuran antara Blood Fire Death dan Hammerheart. Melodik yang menghantui belakang fikiran kita mendengarnya, terngiang-ngiang membawa kepada lagho. Jika ada komplen yang hendak dibuat mungkin dari segi produksi saja, itu pun kalau diambil kira, sudah melampau kerana komposisi dan struktur lagu yang dihasilkan sepatutnya menghilangkan terus kualiti produksi yang menjadi elemen sekunder. Album ini sudah cukup untuk menjadi bahan rujuk utama untuk band terkemudian yang beraspirasikan Viking Metal jika mencari tips dan petua - tidak perlu yang lain.
No comments:
Post a Comment