Monday, February 20, 2012

Anda (bukan saya) satu sarcasm

Udah-udah le tu bergaduh. Paling senang bersatu apabila satu budaya (Melayu) dan satu agama (Islam). Kalau ini pun tak boleh bersatu, nak bersatu dengan lain budaya (non-Melayu) dan satu agama (Islam) camana pulak? Tu pasal OIC dok camtu jugak sebab internally pun dah tak bersatu. Nak cari salah memang billion dok ada, nak cari baik walaupun depan mata besor gajah pun tak nampak (atau buat-buat tak nampak). Yang solat belakang si Hajjaj yang zalim tu sape? Dan kenape?
Sesetengah orang suka ambil Peperangan Siffin dan Jamal sebagai argumen bertelagah sesama Islam adalah OK. Tak OK sebab korang tak sampai level depa dalam pengertian apa yang hak. Yang kedua, berapa kerat je sahabat r.a. yang involved dalam peperangan tersebut sedangkan MAJORITI sahabat r.a. tidak ikut serta (penjelasan Dr Maza).
Anda menggunakan pegangan politikal anda yang pincang dan menggunakan sistem politkal yang pincang untuk membenarkan tindakan anda yang pincang (memberikan anda pahala secara automatik dan memberikan dosa kepada orang lain secara automatik juga). Mana mungkin? Kenapa anda tidak nampak pendekatan itu sesungguhnya telah pincang at the very first step? Kenapa anda tidak berlepas diri? Kenapa mahu bergelumang ikut pincang dalam pegangan dan sistem yang pincang?
Dalam agama pun anda tidak tidak disuruh berlebihan. Dalam penghambaan kepada Allah s.w.t. pun jangan jangan berlebihan (ibadat). Cinta kepada Rasulullah s.a.w. pun jangan berlebihan. Tetapi dengan manusia anda sangat ekstrim! Anda menyanjung seseorang dan mengutuk seseorang to the point of no return!
 
 

8 comments:

  1. Terima kasih atas teguran, Dr. Ibrisam. Saya terima dengan rela hati.

    ReplyDelete
  2. macam bunga bunga PRU 13 aje....

    ReplyDelete
  3. Suka dengan entri ini.

    ReplyDelete
  4. susah nak dapat buah yang baik,kalau dari benih pun kita dah salah baja, dari akar pun dah salah siram...

    ReplyDelete
  5. kadang kadang tu menyampah jugak bila tengok ekstrimis ni..kekadang tu bila bercakap macam tak sedar diri je..

    ReplyDelete
  6. Makin dekat PRU ni, makin galak 'berita' pelik akan keluar bro..Luckily negeri tmpt u kerja ni dah beralih angin awal awal..kalau tak lagi byk cerita pelik keluar :)

    ReplyDelete
  7. Di Perak masih lagi aman jaya. Sekali-sekala angin jahat bertiup.

    ReplyDelete
  8. salam Dr :)


    lama sy singgah sini..bz sikit <--klisenya alasan tp mmg betul


    tahniah utk kelahiran baby baru..sarah ..cumillll


    sy ni nk komen politik x pandai..tp mengikuti juga

    ReplyDelete