Thursday, January 26, 2012

Ulasan: SAXON Call To Arms


Sejak 1976, SAXON masih tidak nampak tanda-tanda untuk pencen dengan album ke-19 ini. Namun ada tekanan untuk album ini untuk sekurang-kurangnya menyamai kekuatan album sebelumnya, Into The Labyrinth baik dari segi produksi mahupun kualiti lagu. Sukacita dimaklumkan, album ini dalam banyak hal sama martabatnya seperti album sebelumnya. Malah pada kriteria paling kritikal, iaitu, konsistennya album ini menyediakan lagu-lagu yang berkualiti, bolehlah dikatakan album ini pada satu tangga lebih dari album sebelumnya. Sudah tentu benchmark yang dibuat adalah berdasarkan kepada benchmark Saxon. Jika anda mengenali Saxon sejak 30 tahun yang lalu, Saxon itu jugalah yang anda akan dapat dari album ini. Yang beza, banyak mana lagu filler yang ada di dalam sesebuah album. Produksinya berkadar dengan teknologi yang ada ketika itu jadi untuk membuat perbandingan terus tanpa mengambil kira faktor-faktor penyebabnya sudah tentu tidak adil. Untuk peminat tegar Saxon, pastinya tidak akan kecewa dan jika perlu untuk menarik peminat yang baru, tidak mengapa menggunakan album ini sebagai umpan. Jika umpan satu album terlampau mamakan masa, disyorkan untuk lagu Call To Arms, Hammer Of The Gods dan Mists of Avalon sebagai hidangan pembuka selera.

4 comments:

  1. Tiba2 rasa nak download, tp skrg susah nak cari link. Kes SOPA.

    ReplyDelete
  2. heheheh....layan kat Youtube... itu pun kalau SOPA tak kacau

    ReplyDelete
  3. Design album ni mengingatkan aku tentang poster propaganda World War I. Kitchener's Armies. Propaganda British untuk merekrut anak muda menjadi tentera.

    ReplyDelete
  4. salah satu band tua pengerak utama nwobhm yang masih rockin sampai hari ni.
    respek kat band ni.

    heavy metal thunder

    ReplyDelete