Monday, January 23, 2012
Ulasan: BATHORY Hammerheart (1990)
Rasanya, siapa pun tidak menyangka akan ini hasilnya album Hammerheart. Ia seolah-olah menidakkan apa yang pernah dibuat oleh Bathory sebelum ini. Yang dikenali sebelum ini adalah keekstriman muzik disatukan dengan lirik yang juga ekstrim. Hammerheart seolah-olah rilisan sebuah band baru. Muziknya juga agak asing bagi kepala Metal. Dipersetujui oleh majoriti pengkritik bahawa ini adalah album pemangkin sebuah sub-genre baru, Viking Metal. Mood dan intipati pada album ini adalah meneroka tamadun Viking. Bukan sekadar dengan lirik bahkan muziknya juga diolah untuk mendapatkan suasana tersebut. Teknik plucking gitar memenuhi sebahagian besar album ini. Lenggok melodi tradisi Viking juga menyelubungi keseluruhan album. Mungkin ada antara kita yang cepat menuding kepada Manowar namun Manowar tidak pernah dilabel sebagai sebuah band Viking Metal, baik dahulu mahupun sekarang. Lagipun di dalam mana-mana album Manowar, ianya bercampur aduk dengan pelbagai tema; kontra dengan album ini yang 100% menepati terma sub-genre tersebut.
viking metal... siapa pelopor sebenarnya? Manowar ala ala macam Conan the barbarian punya style.. barbaric kot
ReplyDeletesaya suka album hammerheart nie.. mula mula dengar pelik gak rasanyer... tapi bila dah selalu dengar...jadi sedap
ReplyDelete