Tuesday, January 24, 2012

Ulasan: ABSU Abzu


ABSU ada ruangnya di dalam hati ini. Menerima 7" EP The Temple of Offal dari Ray Equitant (sekarang sudah tidak bersama Absu) ketika berada di Tingkatan 5 memang meninggalkan kesan yang berpanjangan. Apatah lagi, nyata hebat band ini. Dua album pertama mereka, saya nobatkan ia pada martabat klasik. Namun, apabila si drummer, Proscriptor (bukan ahli asal) perlahan-lahan mengambil alih peranan utama Absu sekaligus mengkedepankan watak beliau, lama-kelamaan Absu menjadi sekadar sebahagian dari memori silam. Namun tidak bermakna saya meninggalkan mereka terus, sekadar kurang mengikuti walaupun skil permainan drum Proscriptor tetap menjadi pujaan hatiku. Album ini adalah album kedua tanpa dua ahli asal, Equitant dan Shatfiel. Menampilkan ideologi muzik yang sama, lanjutan dari ambil alih Proscriptor. Langkah drastik yang dilakukan beliau ialah memilih dua ahli baru yang pada saya lebih skilnya. Permainan pantas muzik Absu dikekalkan tetapi ditambah dengan kelajuan jari gitaris Vis Crom. Susunan lagunya juga ada elemen progresif yang menarik terutama pada lagu epik, A Song for Ea yang juga merupakan satu-satunya lagu yang ada ruang untuk bernafas. Jika tidak, speed all the way. Memang saya ada rimas dengan kelajuan tanpa batasan tetapi untuk Absu, memang mereka layak dengan kelajuan itu.

4 comments:

  1. Dulu aku ingat band ni dari european region, bila dah beli kaset The Sun of Tiphareth baru tahu dari Texas,US

    ReplyDelete
  2. sy berkesempatan dgr album Tara...one of the best extreme metal album ever IMO...Proscriptor punya playing mmg wow...bagaikan Dave Lombardo yg lebih laju hehehe...

    ReplyDelete
  3. sila google you tube ceramah ustaz azhar idrus...untuk tips terkini.

    ReplyDelete