Dua hari lepas delegasi dari Lehigh University, USA telah datang melawat kami di UTP. Hubungan dua hala ini telah berjalan sejak 2-3 tahun lepas. Kadang-kadang delegasi UTP ziarah ke Lehigh, kadang-kadang Lehigh ke UTP secara bergilir. Ini adalah berdasar kepada perjanjian MoU yang dibuat antara kedua-dua universiti.
Walaupun begitu, masalah utama ialah menggerakkan kolaborasi yang benar-benar hidup. Hubungan ziarah antara delegasi ini sekadar melihat peluang yang ada. Penggeraknya belum tentu ada.
Tahun lepas saya ke Lehigh University selama 3 bulan (Jun-Sept 2011). Saya menerima tugasan ini dalam keadaan serba salah. Meninggalkan keluarga selama 3 bulan bukan perkara enteng. Boleh baca pengalaman saya ketika itu di sini.
Ada kebaikan atas tugasan tersebut yang mana tidak ramai yang sanggup buat. Paling penting, sudah nampak kolaborasi yang kukuh antara saya dan Prof Pessiki yang menjadi hos kepada saya. Di dalam mesyuarat dengan delegasi Lehigh University tersebut, pengalaman saya dijadikan contoh. Saya memberikan pandangan di dalam mesyuarat itu bahawa hubungan muka bertemu muka antara dua potensi kolaborator sangat perlu untuk mewujudkan persefahaman dan trust.
Natijah dari pengalaman saya itu, saya dan Prof Pessiki sekarang bersungguh-sungguh mahu menjadikan program pertukaran pelajar UTP-Lehigh terjadi pada bulan Jun ini. Kami berasa instrumental untuk melihat kejayaan projek ini. Prof Pessiki juga mahu membalas ziarah 3 bulan saya itu pada akhir tahun ini selama sebulan.
Selain dari itu, kami juga dalam plan untuk melanjutkan teknologi pembinaan yang dibuat di Lehigh University untuk dibawa ke Malaysia. Manfaatnya bakal dirasai bukan saja oleh Malaysia tetapi negara-negara berjiran. Alhamdulillah, seorang pakar di Malaysia (juga seorang professor) dalam bidang tersebut telah menghubungi saya melalui telefon dan menyatakan kesediaan untuk meneruskan projek itu. Bahkan dia agak excited kerana dapat membayangkan potensi projek tersebut untuk jangka masa panjang.
Ahli mesyuarat UTP-Lehigh mengakui akan kejayaan inisiatif yang telah saya buat dengan Prof Pessiki dan dari gaya perbincangan tersebut, ia akan dijadikan model untuk dicontohi. Cuma, 3 bulan itu adalah durasi yang panjang. Bukan calang-calang orang yang sanggup melakukannya.
Untuk ini saya syukur kepada Allah s.w.t. dan juga terima kasih kepada keluarga tercinta yang sama-sama merasai jerit perih ditinggalkan selama 3 bulan. Moga manfaat projek ini juga dapat dinikmati oleh keluarga.
Tahniah dan teruskan!! UTP tiada masalah. Resource mudah dan banyak..
ReplyDelete..usaha yang patut diteruskan untuk kepentingan sejagat..aminnn
ReplyDeleteAbang Bent,
ReplyDeleteIngat saya lagi tak? Kita pernah jumpa masa My Selangor Story. Maafnya, sekarang baru saya tersedar bahawa abang adalah professor yang ziarahi Lehigh. Saya juga menuntut di Lehigh sekarang.
Masa makan malam bersama beberapa bulan dahulu yang Debra uruskan, saya tidak sedar bahawa abang lah profesor UTP. Maafnya.