Saturday, December 03, 2011

Ulasan: ANTHRAX Spreading The Disease (1985)

Keluarnya Neil Turbin dan Dan Lilker membuka ruang yang baru kepada Anthrax. Penggantinya, Joey Belladonna dan Frank Bello memang memberi inspirasi baru. Transformasi ini berlaku secara gradual. Serpihan dari ahli lama masih terasa dengan melodi Heavy Metal klasik dalam majoriti lagu-lagu di dalam album ini. Cengkaman Neil Turbin masih kuat berdasarkan kepada kredit lagu dan lirik ciptaan beliau yang masih dirakamkan untuk album ini. Tetapi lagu Gung-Ho, A.I.R. dan Madhouse memberikan gambaran yang mendatang bagi muzik Anthrax. Ianya lebih groovy, lebih pantas dan unik terima kasih kepada vokal Joey yang kurang mendayu jika dibandingkan dengan Neil. Album ini sama ada sedar atau tidak bakal membina asas sebenar muzik Anthrax yang akan selanjutnya akan meletakkan mereka sebagai bintang lagenda muzik Thrash Metal dunia. Dunia sudah merasainya ketika itu tetapi tidak menyangka yang album selepas ini melebihi segala sangkaan tersebut.

2 comments:

  1. Anthrax.... zaman bebudak dulu, aku guna beg sekolah ijau tu... alaaa, yg sangkut kat bahu tu..atau ada juga malaun yg sangkut kat kepala.
    So sebab beg tu terlampau 'plain', maka biasanya kat beg tu org lukih macam2. Antara benda fames org lukih adalah logo2 kumpulan rock... yg paling senang, Iron Maiden punya font... paling susah DIO kut? dan anthrax ni antara yg glamer jugak lah utk dilukih.... tapi, aku tak boleh masuk anthrax... melodi dia tak kena dgn jiwa, aku ada satu je album, sound of white noise... tu pun dengar side A, side B belum khatam... beli kat yik foong dalam bakul longgok. hehe

    ReplyDelete
  2. Thrash metal Anthrax agak happy go lucky jika dibandingkan dgn The Big 4 yg lain...

    ReplyDelete