Dengan lahirnya album ini, bermakna Bathory berjaya meloloskan diri
dari dikaitkan dengan Venom. Bahkan menjauhkan diri dari Motorhead dan GBH.
Bathory secara rasminya telah berjaya menobatkan dirinya sebagai sebuah band
yang benar original dan tidak sekadar menggunakan imej satanic yang sekian lama
ditempelkan oleh band NWOBHM dan riff guitar minimalis band punk. Kegerunan
pada Metal diolah kembali dengan riff yang lebih perlahan seperti dalam lagu Enter
The Eternal Fire, Woman of Dark Desires, 13 Candles dan Call From the Graves
yang impaknya mungkin lebih hebat dari apa-apa saja lagu yang dikutip dari dua
album sebelumnya. Mungkin tiga lagu ini adalah tidak disengajakan (mungkin
filler pada standard Bathory) kerana lagu-lagu yang lainnya adalah pantas namun
keempat-empat lagu ini membuka lembaran baru dalam muzik Black Metal. Mesejnya
adalah jelas – anda tidak perlu membuat kelajuan drift untuk mendapatkan impak
Black Metal. Bathory kini berjaya berdiri di atas kaki sendiri dan mula
mengorak langkah sebagai satu kuasa baru dunia ekstrim Metal.
No comments:
Post a Comment