Saturday, November 19, 2011

Ulasan: BATHORY s/t (1984)


Dunia dikejutkan dengan kejahatan baru dari Sweden. Ia dirasakan seperti satu klon Venom yang telah mencipta terma Black Metal. Serupa tetapi tidak sama (muziknya, Bathory lebih cenderung kepada Motorhead). Tatkala Venom lebih popular dan tiada masalah untuk menzahirkan diri, Bathory lebih menyendiri. Namun impaknya hampir sama dengan Venom, malah mungkin lebih dari itu disebabkan aura misteri yang menyelubungi album ini. Venom sendiri sedang menghadapi kejatuhan populariti selepas kejayaan album Black Metal dan Welcome To Hell. Walaupun tiada pembaharuan di dalam muzik tetapi album ini berjaya menarik minat mereka yang telah sedia untuk menerima muzik ekstrim dengan konsep kegelapan.  Malah boleh dikatakan bahawa album ini adalah titik tolak kepada pergerakan Black Metal global disebabkan imej misantropik dan misteri yang menyelubungi Bathory ketika itu. Primitif, minimalis dan jahat – resipi yang sama diikuti oleh band prodigy mereka di zaman teknologi yang serba canggih sekarang ini. Itulah penangan Quorthon ketika berusia 17 tahun bersama komrad yang berumur setahun lebih tua dari beliau.

1 comment: