Saturday, October 29, 2011

Ulasan: PHAZM Hate at First Seed

Saya kira band ini kurang dikenali ramai walaupun album ini telah dirilis oleh label tersohor Osmose Productions. Walaupun nama band ini kurang dikenali tetapi tidak ahlinya yang merupakan bekas pemuzik band Agressor, Scrave dan Yrkoon. Nyata di sini ialah pemuzik tidak dikenali belum tentu dapat menghasilkan sesuatu yang akan disanjung oleh peminatnya. Buktinya, setelah album pertama ini, dua kali cubaan seterusnya gagal untuk mengekalkan hayat band ini - berkubur. Permainan muziknya - campuran Death dan Black Metal - dengan hentakan drum blast-beatnya, memang mantap dan menyebabkan pemain drum berasa irihati, Begitu juga dengan vokalnya yang berserdak. Tetapi elemen paling penting iaitu melekatnya kepada kepala - hampir tiada disebabkan kurangnya faktor-X yang membolehkan album ini menonjol dari lambakan CD yang lain. Namun, saya menyukai konsep liriknya yang berkisar tentang pohon-pohon yang hidup dan mula membunuh manusia. Apa saja lirik yang lari dari generalisation Death dan Black Metal, sentiasa saya alu-alukan. Malang sekali, lirik yang menarik ini ditenggelamkan oleh muzik yang ala kadar.

2 comments: